SERAMAI lima juta penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 bermula 20 Januari (Selasa).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan itu melibatkan 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas bujang, dengan jumlah bantuan antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing.
Menurut beliau, penyaluran bantuan tersebut adalah selari dengan pengumuman yang dibuat dalam perutusan Tahun Baharu sebelum ini, apabila Kerajaan Madani memulakan pembayaran STR Fasa 1 mulai Selasa.
BACA LAGI : [VIDEO] 'The real Papa Zola', rider terpaksa kendong bayi sambil bekerja angkara faktor kewangan
BACA LAGI : [VIDEO] 'ALLAH tak panggil yang tak mampu tapi yang mahu', penjual serai sujud syukur tunai umrah
"Penambahbaikan STR yang kini disepadukan bersama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memastikan kumpulan yang layak menerima bantuan secara lebih konsisten dan berterusan bagi menampung keperluan asas," katanya menerusi kenyataan di laman media sosial rasmi beliau, pada Selasa.
Anwar menjelaskan, STR disalurkan secara suku tahunan bagi membantu rakyat ketika tempoh perbelanjaan tinggi seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang lebih stabil.
Tegas beliau, Kerajaan Madani komited memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan bermaruah tanpa ada pihak yang terpinggir akibat tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
"Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
