SEORANG bapa yang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya dari sekolah maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak, Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Johari Yahya berkata, kemalangan yang membabitkan lori tangki Nissan dan motosikal SYM yang ditunggang mangsa berusia 38 tahun itu berlaku sekitar pukul 1 tengah hari.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
BACA LAGI: [VIDEO] Masih berdaftar MSAF, kegagalan enjin punca pesawat ringan terhempas di Tapah
BACA LAGI: [VIDEO] Staf pun tak tahu siapa bos, Khairulaming buka restoran pertama modal RM4 juta di Kg Baru

Mangsa merupakan seorang pembantu pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). — Facebook
“Siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Semarak menuju ke kawasan perindustrian sebelum membelok ke kanan.
"Pada masa sama, motosikal mangsa datang dari arah bertentangan lalu melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pemandu lori berusia 41 tahun dan pembantunya berusia 47 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya lagi, mayat mangsa yang juga merupakan seorang pembantu pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dihantar ke unit forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.
Kedua-dua kenderaan turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
