Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh 2 tahun


  • Massa
  • Rabu, 03 Dis 2025

Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi MID pada Rabu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa pada Rabu bagi tempoh dua tahun.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Anwar.

Pelantikan Tengku Zafrul itu dibuat selepas tempoh lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara berakhir, sekali gus menutup tirai dua penggal dia sebagai menteri.

BACA LAGI : Jawatan baharu Tengku Zafrul diumum Rabu — PM Anwar

BACA LAGI : Bukan lagi menteri, Tengku Zafrul akan terus bantu PM Anwar, diberi jawatan baharu

Untuk rekod, Tengku Zafrul berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal sejak 2020, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan.

Beliau menamatkan enam tahun perkhidmatannya di Dewan Negara sehingga Selasa. 

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dari 9 Mac 2020 hingga 9 November 2022. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram