KEJADIAN tembok penghadang runtuh di Blok C Pangsapuri Taman United, Jalan Sepakat, Kuala Lumpur pada Isnin mengakibatkan kira-kira 104 unit terjejas.
Runtuhan tersebut berlaku sekitar pukul 10 pagi apabila sebahagian besar tembok jatuh ke jalan raya di hadapan pangsapuri berkenaan dan mengakibatkan sebuah kenderaan rosak teruk.
Menurut pembantu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Alice Lan berkata, penduduk mula melaporkan retakan pada Jalan Sepakat kira-kira pukul 9 pagi sebelum tembok berkenaan runtuh sejam kemudian.
BACA LAGI : [VIDEO] ‘Peniaga pasar malam memang awesome,’ lelaki terharu anak autisme disantuni dengan tenang
"Susulan itu, penduduk pangsapuri serta pemilik dua banglo berhampiran lokasi tersebut diarahkan berpindah sementara demi keselamatan.
"Pasukan kami mengedarkan notis dan mengetuk pintu bagi memastikan semua penduduk mendapat maklumat tepat," katanya pada Isnin.

Selain Blok C, penduduk blok berdekatan turut diarahkan berpindah sebagai langkah pencegahan.
Tambah Alice lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat kini berada di lokasi bagi menilai keadaan, membersihkan runtuhan serta memastikan tiada kejadian yang tak diingini berlaku.
"Laluan belakang juga sudah ditutup dan pihak polis ditempatkan di kawasan berkenaan bagi tujuan kawalan keselamatan dan lalu lintas.
"Namun, ada sebahagian penduduk masih enggan berpindah walaupun arahan keselamatan diberikan.
"Sehubungan itu, ketika ini, kami terus memberi penerangan bagi memastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga," jelasnya.
Selain Blok C, penduduk blok berdekatan turut diarahkan berpindah sebagai langkah pencegahan.
Pihak berkuasa menegaskan pemantauan rapi dan tindakan pembaikan segera akan dijalankan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Penduduk diingatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga.— The Star/ JAROD LIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
