[VIDEO] 'Jangan rendahkan saya', fighter Indonesia kencing baju semboyan, ludah muka punca Yusuf Azmi 'perang' awal


  • Podium
  • Sabtu, 01 Nov 2025

Tangkap layar menunjukkan dua petarung dari Malaysia dan Indonesia dilihat bergaduh dalam satu sesi podcast menjelang Warzone World Championship.

TULAR di media sosial apabila dua petarung dari Malaysia dan Indonesia dilihat bergaduh dalam satu sesi podcast menjelang Warzone World Championship (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Warzone World Championship, insiden tersebut menunjukkan Yusuf Azmi dari Malaysia dan Yunus Martin dari Indonesia tiba-tiba tercetus pertengkaran sebelum keadaan menjadi tegang.

Beberapa individu yang berada di lokasi kejadian dilihat segera meleraikan pergaduhan antara kedua-dua petarung tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mulianya hati dia', tindakan pekerja J&T bersihkan kaca pecah di Arau buat ramai tersentuh

BACA LAGI: [VIDEO] Terlalu percayakan auto pilot, lelaki leka main telefon maut kereta selaju 121 km/j rempuh penghadang jalan di China

Difahamkan, kedua-duanya bakal berentap dalam kejohanan WWC yang akan berlangsung di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan pada 7 Disember nanti.

Susulan kejadian itu, Yusuf Azmi tampil menjernihkan keadaan dan menjelaskan punca sebenar insiden berkenaan menerusi satu kenyataan di media sosialnya.

“Kena tahu apa sebab, ini perkara sebenar. Saya memang nak fight, tapi jangan sampai hina saya, kencing dekat baju semboyan, ludah muka saya.

“Nak fight kita fight, tapi tak perlu jual game sampai hina saya. Saya nak lawan untuk naikkan nama Warzone bukan nak cari gaduh.

“Aku janji dengan kau Yunus, aku mesti pecahkan bibir kau nanti. Kesabaran aku pun ada batas.

“Kepada Danial Southpaw, Pablo, Prem dan semua team production, maaf, tiada niat nak rosakkan podcast,” katanya.

Kejohanan Warzone World Championship (WWC) dijangka menampilkan 34 petarung profesional dan legenda dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Iran dan India dengan pertarungan Yusuf Azmi menentang Yunus Martin kini menjadi antara pertembungan paling dinanti-nantikan oleh peminat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram