 
                                                PERLUMBAAN Moto3 pada Grand Prix PETRONAS Malaysia terpaksa tertangguh seketika selepas berlaku kemalangan membabitkan dua pelumba ketika melakukan sighting lap di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.
Insiden tersebut melibatkan juara dunia Moto3 baharu, Jose Antonio Rueda yang dikatakan melanggar pelumba Noah Dettwiler yang sedang bergerak perlahan pada ketika itu.
Menurut kemas kini daripada Pengarah Perubatan perlumbaan, kedua-dua pelumba berada dalam keadaan sedar sebelum dibawa keluar menggunakan helikopter untuk menerima pemeriksaan lanjut di hospital.
Perlumbaan Moto3 pada Grand Prix PETRONAS Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas berlaku kemalangan membabitkan dua pelumba ketika melakukan sighting lap di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad. pic.twitter.com/G94NRxawU7
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) October 26, 2025
Perlumbaan yang sepatutnya bermula pada pukul 12 tengah hari itu ditangguhkan sehingga 1.45 tengah hari bagi memberi ruang kerja pemeriksaan keselamatan litar dilakukan serta menunggu helikopter perubatan kembali ke SIC.
Penganjur turut mengesahkan perlumbaan Moto3 akan disingkatkan daripada 15 pusingan kepada hanya 10 pusingan.
Penangguhan itu turut menyebabkan jadual Moto2 berubah, dengan perlumbaan kategori tersebut hanya akan bermula pada jam 4.30 petang, selepas perlumbaan utama pada pukul 3 petang. — The Star/S. SAKTESH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
