Diam-diam jadi 'secret admirer', suspek tikam di Bandar Utama kenal mangsa dari kelas peralihan


  • Kes
  • Rabu, 15 Okt 2025

Shazeli (depan) menunjukkan barang-barang kepunyaan suspek termasuk senjata yang dirampas polis. — The Star

PELAJAR lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam hingga mati rakan sekolahnya berusia 16 tahun di SMK Bandar Utama 4, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dipercayai secara diam-diam menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki perasaan terhadap mangsa walaupun kedua-duanya berada dalam kelas berbeza.

“Kedua-dua pelajar berada dalam kelas peralihan, dengan suspek di Tingkatan Satu manakala mangsa di Tingkatan Tiga. 

BACA LAGI: Keluarga tak tahu suspek tikam pelajar perempuan di Bandar Utama beli kerambit, pisau tanto secara online

BACA LAGI: Pelajar maut ditikam Bandar Utama: Suspek pernah luah perasaan kepada mangsa, cerita rakan sekolah

Mangsa dan suspek bersekolah di SMK Bandar Utama 4 dan pernah berada dalam satu kelas peralihan yang sama. — Google Street

“Siasatan setakat ini mendapati suspek menaruh perasaan terhadap mangsa namun dia tidak pernah meluahkannya.

“Dia hanya memendam perasaan dan mangsa juga tidak mengetahui tentang perasaan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu (15 Oktober).

Shazeli menegaskan bahawa tiada sebarang hubungan atau interaksi antara kedua-dua pelajar tersebut sebelum kejadian.

Polis percaya dorongan emosi serta pengaruh media sosial menjadi antara punca yang mengakibatkan suspek bertindak di luar kawalan.

Beliau menambah, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan cinta ditolak memandangkan tiada bukti jelas mengenai perasaan kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Shazeli berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod salah laku disiplin di sekolah.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mengalami sebarang masalah mental.

“Bagaimanapun, suspek akan dirujuk untuk penilaian psikiatri sebaik sahaja siasatan selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Terdahulu, suspek dikatakan mempunyai rekod masalah mental dan sedang mengikuti sesi kaunseling pihak sekolah Psikologi Klinikal Thrive-Well. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram