
STAR Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) kembali lagi untuk meraikan keindahan destinasi, budaya dan pengalaman terbaik Malaysia di mana Sarawak menjadi tumpuan utama dari 17 hingga 19 Oktober 2025 di Plaza Merdeka, Kuching.
Dianjurkan bersama Tourism Malaysia dan Star Media Group, karnival tersebut menghimpunkan kepelbagaian setiap negeri di Malaysia dalam satu acara penuh warna-warni yang sesuai untuk seisi keluarga.
Dengan tagline "Explore. Experience. Excite.", SKCCM bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk kembali menerokai keindahan dan kepelbagaian di negara ini.
BACA LAGI: Percutian karavan, destinasi 'hobbit' antara lokasi boleh diterokai pengunjung di TGO 2025
BACA LAGI: Dari Kuantan ke Kuching, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia jelajah 6 lokasi seluruh negara
Penganjuran The Great Outdoor SKCCM di MAEPS, Serdang baru-baru ini menarik kehadiran pengunjung cilik. — The Star
Selepas kejayaan penganjuran di Selangor dan Pulau Pinang, edisi Sarawak menjadi kesinambungan jelajah nasional ini dengan menampilkan bukan sahaja keajaiban semula jadi, budaya dan kulinari Borneo, tetapi juga tarikan unik dari seluruh negara.
Pengunjung boleh menikmati tiga hari pengalaman imersif yang menampilkan sisi terbaik daripada seluruh Malaysia.
Karnival itu akan menonjolkan persembahan tradisional, reruai interaktif pelancongan, kraf tempatan dan sajian autentik dari pelbagai negeri.
Ini sekali gus mewujudkan suasana meriah dan menyeronokkan buat seisi keluarga.
Tourism Malaysia bersama rakan industri dan kerajaan negeri akan memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka pelbagai destinasi pelancongan dan pengalaman menarik di seluruh negara.
Melalui acara itu, rakyat Malaysia boleh meneroka idea percutian domestik dan mengenali keunikan budaya setiap negeri.
Aktiviti melukis dan mewarna merupakan antara pengisian karnival di MAEPS, Serdang baru-baru ini. — The Star
Karnival berkenaan turut menjadi platform untuk usahawan tempatan, penggiat pelancongan dan perusahaan kecil sederhana (PKS) memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.
Daripada hasil kraf tangan dan pakaian tradisional hingga ke sajian istimewa serta produk kreatif, pengunjung boleh menikmati kreativiti dan bakat tempatan yang menjadi kebanggaan negara.
Menggiatkan Semula Pelancongan Domestik
SKCCM meneruskan misinya untuk merancakkan pelancongan dalam negara dengan menghubungkan orang ramai kepada pelbagai destinasi menarik di tanah air.
Dengan membawa pengalaman pelancongan secara terus kepada masyarakat, karnival itu membantu meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian tarikan Malaysia sambil menyokong pemain industri pelancongan berskala kecil dan sederhana.
Edisi di Sarawak kali ini turut memperkukuh usaha nasional bagi menggalakkan rakyat mengembara secara lebih lestari serta menghargai kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan di seluruh negara.
Hiburan dan Aktiviti Untuk Semua
Karnival itu menjanjikan hujung minggu penuh aktiviti, hiburan dan persembahan budaya yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan interaktif, persembahan pentas, cabutan bertuah dan bengkel menarik, selain meneroka idea percutian yang ditawarkan oleh pelbagai pempamer dari seluruh Malaysia.
Menambah kemeriahan acara, beberapa personaliti terkenal Sarawak turut hadir memeriahkan pentas antaranya Anding, Melissa Francis, Ramles Walters dan Mawat.
Pelbagai promosi eksklusif, pakej pelancongan berbaloi da hadiah istimewa menanti pengunjung di SKCCM. — The Star
Barisan personaliti ini akan tampil dalam persembahan langsung, sesi bertemu peminat dan aktiviti pentas interaktif.
Kehadiran mereka secara tidak langsung mencerminkan semangat kreatif dan bakat tempatan yang akan menyerikan lagi acara ini.
Persembahan oleh kumpulan kebudayaan dan artis tempatan turut menghidupkan suasana pentas dengan muzik, tarian dan persembahan tradisional, menonjolkan warisan berwarna-warni Sarawak serta kepelbagaian budaya Malaysia secara keseluruhan.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati hadiah istimewa dan promosi eksklusif, menjadikan kunjungan lebih berbaloi.
Sebagai sebahagian daripada jelajah di seluruh Malaysia, edisi Sarawak menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha sama Tourism Malaysia dan Star Media Group untuk mempromosikan potensi pelancongan negara serta menyokong komuniti tempatan.
SKCCM secara bersama oleh Tourism Malaysia dan Star Media Group. — The Star
Acara tersebut menzahirkan semangat penerokaan dan pengembaraan, sambil mengajak rakyat Malaysia menghargai keunikan budaya, destinasi dan pengalaman yang wujud di seluruh tanah air.
Sama ada anda peminat alam semula jadi, pencinta budaya, penggemar makanan atau sekadar pelancong kasual, SKCCM Sarawak menawarkan sesuatu untuk semua.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk “Explore, Experience & Excite” serta temui keindahan terbaik Malaysia dalam satu tempat!
Kunjungi Plaza Merdeka, Kuching dari 17 hingga 19 Oktober 2025 dan sertai sambutan nasional yang meraikan pelancongan, budaya dan kreativiti Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram