Kek lapis, 'dinosaur' hingga 'pontianak', pengunjung sempoi meriahkan Star KCCM


  • Bisnes
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Pengunjung melihat replika dinosaur yang dibawa dari Dinosaur Encounter di Zoo Teruntum, Pahang ketika penganjuran Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kuantan City Mall. — AZLINA ABDULLAH/The Star

USAHAWAN tempatan tidak melepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka menerusi Karnival Cuti-Cuti Malaysia yang berlangsung di Kuantan City Mall.

Karnival selama tiga hari itu menampilkan pelbagai produk termasuk makanan, kraf tangan serta perkhidmatan daripada agensi pelancongan dan hotel dengan penyertaan 57 pempamer dari seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan Kek Lapis Warisan Sdn Bhd, Dr Mohamad Hafeezi Datuk Haji Abdullah yang turut menjadi pempamer berkata, karnival itu membolehkannya memperluas pasaran kek lapis Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

BACA LAGI: Kuantan lokasi pertama Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia, tawar hadiah RM5,000 dan pakej percutian istimewa

BACA LAGI: Dari Kuantan ke Kuching, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia jelajah 6 lokasi seluruh negara

Kek Lapis Warisan Sdn Bhd managing director Dr Mohamad Hafeezi Datuk Haji Abdullah said the Cuti-Cuti Malaysia Carnival, co-organised by Star Media Group Berhad and Tourism Malaysia, is a good opportunity for him to expand his Sarawak layered cake business into the Peninsular. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Mohamad Hafeezi teruja dapat mempromosikan kek lapis Sarawak ke Semenanjung Malaysia. — AZLINA ABDULLAH/The Star

“Jangka hayat kek lapis yang hanya bertahan lima hingga tujuh hari pada suhu bilik menjadikan ia satu cabaran untuk kami berkembang.

"Kami bedepan masalah logistik kerana produk ini tidak sesuai bagi penghantaran jarak jauh.

“Karnival ini membolehkan kami membawa kek lapis segar dari Sarawak ke Kuantan. Saya berharap pengunjung dari Semenanjung dapat merasai kek kami yang didatangkan dalam pelbagai perisa,” katanya.

Bagi pemilik Swaraseni, Insyirah Iszarizal, karnival tersebut memberi peluang untuk mengukuhkan perniagaan aksesori buatan tangan miliknya.

“Perniagaan saya yang bermula tahun lalu masih dalam proses berkembang. Karnival ini adalah platform terbaik untuk saya meluaskan pasaran.

“Dengan kedatangan VMY2026, saya berharap semua perniagaan tempatan, tanpa mengira industri, dapat menikmati jualan yang lebih baik,” ujarnya.

(From left) Kuantan City Council secretary cum chief digital officer Mohd Nizam Mahayuddin, Star Media Group Berhad chief operating officer (COO) Lydia Wang, Tourism Malaysia Domestic and Events Division senior director Datin Rafidah Idris, Pahang State Economic Planning Division section secretary Norliza Mohamed Ali, SMG Client Brand Marketing senior general manager Sharon Lee and Tourism Malaysia Eastern Region director Mohd Azizul Arif Yahaya pictured on stage after launching the Cuti-Cuti Malaysia Carnival co-organised by SMG and Tourism Malaysia at Kuantan City Mall, Pahang on Sept 20. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Karnival Cuti-Cuti Malaysia dianjurkan secara bersama oleh Star Media Group Bhd dan Tourism Malaysia.  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Penyelia Eksekutif Sumatraa Industries Sdn Bhd, Muhammad Fakhri Ahmad yang membawa pelbagai produk makanan sedia dimakan berkata, pihaknya memulakan bisnes itu kira-kira empat tahun lalu dengan menjual produk di pasar malam.

“Karnival ini boleh menyokong pertumbuhan kami apabila lebih ramai orang mengenali jenama kami. Ia juga platform baik untuk mengangkat dan mengekalkan warisan,” katanya.

Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan Only World Group Holdings Bhd (OWG), Kenny Wong pula berkata, pihaknya dapat mempromosikan tarikan baharu di bawah OWG di Genting Highlands pada karnival ini.

“Kami akan membuka Jurassic Research Centre, Snow World dan Pontianak Ghost House di Sky Avenue, Genting Highlands pada akhir Oktober.

“Ini sebahagian daripada usaha kami untuk menembusi pasaran di Kuantan. Karnival ini adalah peluang terbaik untuk berbuat demikian,” katanya.

Pengunjung termasuk pelancong asing turut membanjiri hari pertama karnival yang dianjurkan bersama Star Media Group Bhd dan Tourism Malaysia.

(From left) Michael Mick who originated from Germany and his wife Nataliia Smetanina who originated from Ukraine were drawn in by the carnival's setting as they stepped into Kuantan City Mall.

Michael Mick dan isterinya terpikat dengan kepelbagaian budaya Malaysia. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Michael Mick dari Jerman berkata, dia tertarik dengan karnival ketika mengunjungi Kuantan City Mall bersama isterinya, Natallia Smetanina dari Ukraine.

“Atas rasa ingin tahu, kami mengambil peluang berjalan-jalan di karnival ini dan ternyata ia menawarkan pelbagai perkara menarik. 

"Saya dapat melihat kepelbagaian budaya Malaysia dan ia benar-benar pengalaman yang indah.

“Malaysia sebuah negara yang menarik dan indah. Makanan di sini juga sangat enak,” katanya.

Sementara itu, pemain industrI terutamanya pengendali agensi pelancongan meletakkan harapan tinggi untuk penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).

the Cuti-Cuti Malaysia Carnival co-organised by Star Media Group Berhad (SMG) and Tourism Malaysia at Kuantan City Mall, Pahang on Sept 20.— AZLINA ABDULLAH/The Star

Permainan congkak yang merupakan warisan budaya turut diketengahkan di Karnival Cuti-Cuti Malaysia. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Ketua Pegawai Eksekutif agensi pelancongan Tapak X Holiday, Shayuti Juhari yang turut menjadi pempamer berkata, kerajaan perlu mengekalkan momentum promosi pelancongan sehingga tahun depan.

“Saya aktif mempromosikan pelancongan domestik di beberapa negara luar sepanjang tahun ini. Hasilnya setakat ini amat positif.

“Momentum yang kuat ini perlu diteruskan hingga tahun depan untuk memperkukuh industri pelancongan Malaysia sempena VM2026,” katanya.

Seorang lagi pempamer, Lop Isma Abdul Ismail pula berharap lebih banyak program seperti Karnival Cuti-Cuti Malaysia dapat dianjurkan.

“Acara sebegini boleh membantu meningkatkan kesedaran pelancong terhadap pakej pelancongan yang kami sediakan kerana kami berhubung secara langsung dengan mereka,” kata pengurus pelancongan Haniff Travel Services Sdn Bhd itu.

(From left) Star Media Group Berhad (SMG) Client Brand Marketing senior general manager Sharon Lee, chief operating officer Lydia Wang and Tourism Malaysia Domestic and Events Division senior director Datin Rafidah Idris admiring the batik displayed at one of the booths at the Cuti-Cuti Malaysia Carnival co-organised by SMG and Tourism Malaysia at Kuantan City Mall, Pahang on Sept 20. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Inisiatif seperti Karnival Cuti-Cuti Malaysia diharap dapat dianjurkan secara lebih meluas bagi menyemarakkan kempen VMY2026. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Seorang lagi pempamer, Muhammad Danial Khairil Annuar pula berkata, Tourism Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak pakej atau tarikan mesra Muslim.

“Dengan cara itu, kita boleh menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Malaysia sepanjang VM2026,” kata wakil dari Grand Darulmakmur Hotel yang berpangkalan di Kuantan itu.

Sementara itu, Zulazlan Hamidon, 46, yang hadir bersama keluarga berkata, dia berharap lebih banyak tarikan diperkenalkan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan tahun depan.

“Keluarga saya sering melancong ketika cuti. Saya berharap ada lebih banyak tempat menarik untuk diterokai pada harga yang berpatutan,” katanya.

Karnival yang dianjurkan bersama oleh Star Media Group Bhd dan Tourism Malaysia itu berlangsung dari 19 hingga 21 September di Kuantan City Mall.

Ia menghimpunkan 57 pempamer tempatan daripada pelbagai industri termasuk makanan, kraf tangan, agensi pelancongan dan hotel.

Selain pameran, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian tradisional dan persembahan muzik. — The Star/ LEW GUAN XI 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram