
LANDSKAP menakjubkan Malaysia daripada pantai, hutan hujan hijau yang merimbun, gunung-ganang hinggalah gua tersembunyi bakal diketengahkan menerusi The Great Outdoor Expo (TGO) 2025.
Menariknya TGO 2025 yang dijangka menjadi tumpuan utama pengunjung merupakan segmen istimewa yang menghiasi Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) akan datang.
Bermula dari 3 hingga 5 Oktober di MAEPS, Serdang, acara itu dijangka membawa pengalaman pelancongan pengembaraan dan ekopelancongan ke tahap lebih tinggi.
BACA LAGI: Kek lapis, 'dinosaur' hingga 'pontianak', pengunjung sempoi meriahkan Star KCCM
TGO 2025 akan menemui peminat aktiviti outdoor di Karnival Cuti-Cuti Malaysia di MAEPS, Serdang, bermula dari 3 hingga 5 Oktober ini. — Gambar hiasan / VMO Rocks
Dari pameran kelengkapan perkhemahan, aktiviti mencabar sehinggalah tawaran pelancongan bertemakan alam semula jadi, ekspo tersebut menjanjikan pengalaman penuh aksi buat pencinta aktiviti luar.
Acara itu merupakan antara tarikan utama KCCM, sebuah inisiatif peringkat kebangsaan anjuran Star Media Group dengan kerjasama Tourism Malaysia bagi mempromosikan pelancongan domestik.
Selain pameran pengembaraan, pengunjung turut berpeluang menikmati pakej pelancongan eksklusif, hidangan juadah warisan asli serta aktiviti mesra keluarga yang menjadikan acara berkenaan sebagai sambutan menyeluruh terhadap keindahan landskap, budaya dan gaya hidup Malaysia.
Segmen TGO akan menampilkan keunikan ekopelancongan dan tarikan pengembaraan Malaysia.
Pameran interaktif daripada pelbagai Lembaga Pelancongan Negeri akan memperkenalkan pantai indah Pahang, lokasi menyelam bertaraf dunia di Sabah, jejak hutan hujan Sarawak dan banyak lagi.
Kerajaan perlu mengekalkan momentum promosi pelancongan sehingga tahun depan sempena VMY 2026. — Gambar hiasan/ AZLINA ABDULLAH/The Star
Peminat aktiviti lasak boleh menerokai peralatan perkhemahan, kelengkapan luar, joran memancing serta mencuba sendiri aktiviti seperti dinding panjat mini, zipline dan lain-lain.
Bagi yang mengutamakan pelancongan lestari, pempamer mesra alam turut memperkenalkan destinasi glamping, perkampungan eko dan percutian taman negara.
Walaupun tarikan aktiviti luar menjadi fokus, karnival itu menawarkan lebih banyak keistimewaan.
Peminat makanan boleh menikmati pelbagai juadah tradisi daripada masakan kampung, hidangan perayaan hingga makanan jalanan popular – meraikan kepelbagaian rasa yang menyatukan rakyat Malaysia.
Tawaran pakej pelancongan eksklusif yang hanya boleh didapati di karnival ini merangkumi lawatan bandar bersejarah, laluan budaya, percutian pulau dan pakej kesihatan sekali gus memudahkan orang ramai merancang percutian keluarga seterusnya.
Di tengah-tengah kemeriahan TGO, pengunjung juga boleh menikmati Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) yang mengangkat tema 'Explore. Experience. Excite.'
Penganjuran SKCCM di Kuantan City Mall baru-baru ini. — AZLINA ABDULLAH/The Star
SKCCM menambah keceriaan dengan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka permata tersembunyi, menyelami pengalaman budaya asli dan menyemarakkan semula semangat melancong.
Banyak yang diketengahkan antaranya makanan warisan, persembahan budaya hingga pakej pelancongan terpilih melengkapi tarikan TGO yang berteraskan alam semula jadi dan pengembaraan, sekali gus menawarkan pengalaman menyeluruh buat semua.
Gabungan TGO dan SKCCM menjadi sebahagian daripada persiapan ke arah menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sebagai usaha mempamerkan budaya, warisan serta keindahan alam negara kepada dunia.
Dengan merangsang minat terhadap pelancongan domestik, acara itu turut menyokong perniagaan tempatan di samping membina momentum untuk pentas global pada 2026.
Pameran interaktif di TGO 2025 akan memperkenalkan destinasi menarik antaranya pantai indah Pahang di 'spot' menyelam di Sabah. — Gambar hiasan
Selain hiburan, KCCM juga membuka peluang kepada Lembaga Pelancongan Negeri, pengusaha pelancongan, usahawan makanan dan jenama aktiviti luar untuk berhubung secara langsung dengan ribuan pelancong berpotensi.
Suasana karnival yang meriah ini bukan sahaja membantu meningkatkan keterlihatan perniagaan, malah menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih menghargai dan meneroka khazanah pelancongan tempatan.
Sama ada anda seorang yang gemarkan pengembaraan, 'kaki travel', 'foodie' atau pencinta makanan mahupun sekadar inginkan pengalaman menyeronokkan bersama keluarga, TGO menjanjikan sesuatu buat semua.
Tanda kalendar anda dari 3 hingga 5 Oktober dan sertai serta meriahkan ekspo ini di MAEPS Serdang, dan terokai semula keindahan, kepelbagaian dan semangat Malaysia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram