Remaja lelaki direman 7 hari bantu siasatan kes tikam pelajar perempuan di Bandar Utama


  • Kes
  • Rabu, 15 Okt 2025

Mahkamah Majistret Petaling Jaya. — Gambar hiasan/The Star

MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya membenarkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bagi membantu siasatan kes tikaman membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha selepas membenarkan permohonan pihak polis pada Rabu (15 Oktober).

BACA LAGI: Pelajar maut ditikam Bandar Utama: Suspek pernah luah perasaan kepada mangsa, cerita rakan sekolah

BACA LAGI: Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam pelajar lelaki 14 tahun di PJ

Suspek akan direman sehingga Selasa (21 Oktober) depan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek diwakili peguam, Anuar Ezzad.

Pada Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor maut selepas ditikam seorang remaja lelaki yang juga rakan sekolahnya pada Selasa.

Kejadian berdarah itu dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah. 

Suspek dikatakan mempunyai rekod masalah mental dan sedang mengikuti sesi kaunseling pihak sekolah Psikologi Klinikal Thrive-Well. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram