KERAJAAN bersetuju supaya had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (CGR) kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji.
"Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.
BACA LAGI: Sabah, Sarawak terima peruntukan pembangunan tertinggi Belanjawan Madani 2026
BACA LAGI: Sebanyak 22 juta rakyat dewasa bakal nikmati SARA RM100 Februari depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sedemikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
