[VIDEO] Ayob Khan tunjuk skil tebar roti canai di Sibu, rupanya hasil asuhan keluarga turun-temurun


  • Bonda
  • Selasa, 16 Sep 2025

Ayob Khan mencuri perhatian pengguna media sosial apabila mempamerkan kemahiran menebar roti canai ketika bercuti bersama isterinya di Sibu, Sarawak pada Isnin.

TINDAKAN spontan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menebar roti canai ketika bercuti bersama isterinya di Sibu, Sarawak, mencuri perhatian warga maya selepas videonya tular di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook peribadi, Ayob Khan berkongsi pengalaman berkenaan ketika singgah makan di sebuah restoran di Terminal Bas Sibu pada Isnin malam.

“Saya dan isteri bercuti dua hari di Sibu, Sarawak. Malam tadi (Isnin) pergi makan roti canai di Curry House Sibu Bus Terminal.

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni

BACA LAGI: [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

“Tetapi melihat cara mamak yang tebar roti canai itu tidak memenuhi ‘cita rasa’ saya, saya ambil alih tugas beliau. Tebar tujuh biji roti canai untuk kami makan. Sekali-sekala kena asah bakat juga… dah nak pencen ini,” tulisnya berseloroh.

Video berdurasi pendek itu memaparkan Ayob Khan menebar roti canai dengan penuh yakin sebelum dihidangkan kepada keluarganya, sekali gus menerima pujian ramai atas sikap rendah dirinya.

Namun, tidak ramai mengetahui bahawa kemahiran tersebut sebenarnya diwarisi sejak kecil. Keluarga Ayob pernah mengusahakan Kedai Kopi Mydin di Tanah Merah, Pendang, Kedah, ketika beliau masih remaja.

Dalam catatan Instagram empat tahun lalu, Ayob Khan turut berkongsi gambar lamanya sekitar tahun 1978 yang merakam dirinya sedang menebar roti canai di kedai kopi milik keluarga.

“1978 – Kedai Kopi Mydin, Tanah Merah, Pendang, Kedah. Kami tidak dapat melupakan siapa kami atau dari mana kami datang,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

 

 

Aksi santai itu bukan sahaja menghiburkan netizen, malah mengingatkan kembali sisi peribadi seorang pegawai tinggi polis yang tidak pernah melupakan akar kehidupannya.

Bagi Ayob Khan, skil menebar roti canai itu bukan sekadar hobi, tetapi sebahagian daripada kenangan keluarga yang membentuk dirinya hingga ke hari ini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram