
DUNIA fesyen sentiasa mencari cara baharu untuk menampilkan kelainan.
Salah satu tema yang sering menjadi pilihan pereka ialah bunga kerana bentuknya mudah diolah menjadi rekaan yang menarik.
Tahun ini dan sebelumnya banyak menampilkan siluet bak kuntuman bunga sedang mengembang. Walhalnya, idea ini sudah lama diolah pereka terdahulu dari koleksi ikonik tahun 2010 dan 2014.
Melalui potongan, warna dan fabrik yang dipilih, bunga boleh diterjemahkan dalam pelbagai gaya, sama ada besar dan dramatik atau ringkas dan elegan.
BACA LAGI: [VIDEO] Comel berbaju kurung moden, idea 'last minute' ibu siapkan 3 puteri kembar raih pujian
BACA LAGI: Keindahan perhiasan warisan, warna-warni perpaduan negara hiasi bazar sempena Hari Kebangsaan
Gaun berinspirasikan bunga bukan sahaja memberi kesan visual yang menonjol, tetapi juga mencerminkan kreativiti tinggi pereka dalam menghasilkan sesuatu yang unik.
Berikut adalah enam rekaan adibusana berbentuk kuntuman bunga:
1. Maison Met
Gaun ini menampilkan kesan ombre daripada putih lembut kepada jingga dan coklat.
Reka bentuknya berlapis menyerupai kelopak bunga mekar, sekali gus menghasilkan siluet dramatik dan anggun.
Rekaan ini menggabungkan unsur haute couture dengan inspirasi floral.
2. Sara Mrad
Gaun merah tua ini tampil elegan dengan potongan badan yang kemas.
Bahagian atas menampilkan fabrik pleated halus, manakala potongan bawahnya membentuk siluet elegan.
Tambahan pada bahagian belakang yang direka menyerupai kelopak bunga, menambahkan lagi sentuhan moden dan feminin.
3. Monica Ivena
Rekaan ini menampilkan bahagian atas berbentuk kelopak bunga putih besar dan seakan bercahaya.
Hiasan manik halus menambah elemen mewah, manakala fabrik berkilau dengan taburan sequins pada bahagian badan memberi kilauan anggun.
4. Cheney Chan
Gaun putih ini direka dengan bentuk bunga yang menonjol melalui lapisan kain lembut yang menyerupai kelopak.
Bahagian sisi dihiasi jalur hijau yang memberikan kontras menarik, manakala perincian halus berkilau menambah nilai mewah.
Rekaannya terinspirasi daripada alam semula jadi tetapi ditampilkan dengan sentuhan moden.
5. Stephane Rolland
Dari koleksi musim bunga/panas 2014, gaun berwarna jingga kekuningan ini menampilkan bahagian atas berbentuk seperti kelopak bunga, manakala bahagian bawahnya kembang dengan potongan dramatik.
Keseluruhan rekaan memberi kesan anggun dan feminin, sekali gus menampilkan fesyen berinspirasikan floral moden.
6. Christian Dior musim luruh/sejuk 2010
Himpunan Dior sari tahun 2010 menampilkan gaun dengan kesan ombre warna daripada ungu lembut di bahagian atas kepada jingga kemudian hitam di bahagian bawah.
Potongan kembang pada skirt menyerupai bunga yang sedang mekar, manakala aksesori kepala berwarna hijau melengkapkan gaya bertemakan floral. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram