Guru terpaksa menyamar murid darjah 4 nak tahu fungsi sebenar ‘spinning stapler’, sudahnya dah tak ada pemadam


  • Tular
  • Selasa, 26 Ogos 2025

Permainan gasing pemadam kini semakin menjadi fenomena di sekolah rendah. — Facebook

SEBIJI getah pemadam yang biasanya digunakan untuk memadam tulisan kini berfungsi sebagai gasing moden dalam kalangan murid sekolah rendah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Zahran berkongsi pengalaman lucunya apabila terpaksa menyamar sebagai murid darjah 4 semata-mata untuk memahami kegunaan getah pemadam yang telah diubah suai dengan ubat stapler.

Tulisnya, dia terkejut apabila mendapati pemadam itu digunakan sebagai alat permainan yang berpusing seperti gasing.

BACA LAGI: 'Tapau' sampai 40 projek, warga asing tutup rezeki rakyat tempatan tawar servis ubah suai di Lembah Klang

BACA LAGI: Terlalu awal untuk sahkan wujudnya unsur buli — Ketua Polis Selangor

Menurutnya lagi, ubat stapler itu didakwa digunakan untuk menjadikan permukaan pemadam lebih licin dan mudah berpusing.

“Rupanya dia nak bagi licin dan memusing macam gasing. Siapa yang paling lama akan menang,” katanya.

Permainan itu dikatakan berakhir dengan pemenang mengambil pemadam pihak lawan sebagai ‘ganjaran’.

Hal ini menyebabkan ada murid yang memiliki koleksi pemadam dalam jumlah yang luar biasa.

“Siapa yang berhenti dulu akan kalah dan dirampas pemadam dia. Jangan pelik kalau pemadam anak anda berlambak lain macam,” tambahnya.

Namun, di sebalik keseronokan permainan tersebut, timbul juga kebimbangan berkaitan keselamatan, terutama penggunaan ubat stapler yang boleh membawa risiko jika digunakan secara tidak wajar.

“Saya cuma risau ubat stapler tu je. Tapi saya kalah tadi lawan budak darjah 4. Sekarang saya sudah tak ada pemadam,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram