
TRAGEDI sekali lagi menimpa penduduk sekitar Bukit Merah, Semanggol, Perak apabila hutam yang berada di kawasan terbabit terbakar sejak kira-kira dua hari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pengguna media sosial memaparkan kepulan asap putih memenuhi ruang udara disebabkan api marak dengan pihak bomba terus berusaha mengawal kebakaran.
Rakaman udara yang dimuat naik Azani Azim pada Jumaat pula menunjukkan sebahagian besar hutan tersebut sudah hangus dijilat api sehingga menampakkan permukaan tanah.
BACA LAGI: [VIDEO] Cuba lari ke bukit tapi gagal, 10 anggota bomba Turkiye maut terperangkap kebakaran
BACA LAGI: [VIDEO] Oprah Winfrey buka laluan persendirian, bantu penduduk Hawaii berlindung ancaman tsunami
Ini bukanlah kali pertama bencana sebegitu dialami bermula Jun lalu, paras air di Tasik Bukit Merah mula mengering sehingga menjadikannya hilang kapasiti sebagai kawasan tadahan.
Situasi terbabit menjejaskan pengairan tanaman padi di lokasi berhampiran, terutamanya di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) Kerian.
Paras air tasik yang menyusut turut dikatakan antara faktor menyumbang terhadap kebakaran hutan kerana kawasan berhampiran mengering selain menyukarkan pihak bomba mengawal kebakaran.
"Adakah kebakaran ini baru berlaku? Air Tasik Bukit Merah sudah kontang, tumbuhan sekitar sudah tentu kering," kata Ng Kam Lee.
Keadaan Tasik Bukit Merah yang semakin kering dikhuatiri menjadi punca kebakaran sukar dikawal.
"Risau betul melihatkan kebakaran tu, isu tasik kering belum diselesaikan dan tiba-tiba, timbul pula kebakaran hutan sebegitu. Harapnya semua hal diselesaikan segera," kata Nazrin Kamil.
Sekiranya kebakaran tidak dipadam segera, api marak itu pasti akan merebak ke kawasan penduduk, termasuk ke arah Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol yang berhampiran.
Pihak bomba Perak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini, namun perkongsian kepada Majoriti pada Jumaat menyatakan usaha pemadaman sudah memasuki hari kedua.
Bagaimanapun, jumlah anggota dan jentera yang dikerah ke lokasi kebakaran belum dapat dipastikan dengan kerja-kerja pemadaman semasa dibuat Unit Udara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram