Penstrukturan tarif elektrik: Sebanyak 85% rakyat nikmati penurunan bil


  • Massa
  • Rabu, 23 Jul 2025

Sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik bagi Julai 2025.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan komited untuk menyasarkan perbelanjaan subsidi negara dengan rakyat biasa kekal menikmati subsidi sementara usaha menangani ketirisan kepada mereka yang tidak layak.

Mengambil contoh penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai Julai 2025, Perdana Menteri berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bil elektrik rakyat naik susulan langkah itu.

Bagaimanapun, beliau berkata hakikatnya, 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik bagi Julai 2025 untuk pengguna dan sama berbanding separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.

BACA LAGI: Hari Malaysia: Anwar umum 15 September cuti umum tambahan

BACA LAGI: Kenaikan tol 10 lebuh raya tol ditangguh, kerajaan tanggung RM500 juta

"Walaupun tarif elektrik bermula Julai 2025, bil eletrik rakyat itu tidak naik. 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil.

"Maknanya ada penurunan sehingga 14 peratus, tidak seperti mana fitnah diluar…cukai, apa? Tarif naik tapi kos rendah, maknanya bil elektrik rendah.

"Tengok akhir bulan ini bil eletrik masing-masing. Kalau nak mengeluh, mengeluh pada masa itu. Jangan umpanya mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sebanyak tiga komponen utama dalam struktur tarif elektrik negara disemak semula susulan pelaksanaan tarif elektrik baharu bermula 1 Julai lalu hingga 31 Disember 2027.

Penstrukturan itu melibatkan penyelarasan kadar purata tarif asas, pengenalan jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api yang lebih dinamik dan telus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram