
KERAJAAN sudah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 buah lebuh raya yang sepatutnya dinaikkan tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan berkenaan dibuat bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang peningkatan kos perjalanan.
“Tahun ini, 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol sepertimana perjanjian. Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama,” katanya.
BACA LAGI: Hari Malaysia: Anwar umum 15 September cuti umum tambahan
BACA LAGI: Penstrukturan tarif elektrik: Sebanyak 85% rakyat nikmati penurunan bil
Anwar berkata demikian ketika pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.
Sebanyak 10 lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga memaklumkan bahawa ia akan menanggung implikasi kewangan susulan penangguhan ini dengan kos melebihi RM500 juta, sebagai pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram