Tolak naratif negatif, lawatan PM Anwar ke Brazil kukuhkan suara Malaysia di arena global


  • Bisnes
  • Rabu, 09 Jul 2025

Sidang Kemuncak BRICS 2025 di Rio de Janeiro menyaksikan Anwar membawa suara Malaysia sebagai negara kecil ke persada antarabangsa. — AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

LAWATAN rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil baru-baru ini sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, menandakan satu detik penting dalam hala tuju diplomatik dan ekonomi Malaysia.

Jauh daripada sekadar lawatan simbolik, kehadiran perdana menteri itu memperkukuh kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa sekali gus mengesahkan komitmen negara terhadap multilateralisme, serta membuka laluan baharu untuk kerjasama global khususnya dalam keadaan di mana ekonomi sedang pesat membangun.

Walaupun ada pihak tertentu cuba mempertikaikan nilai lawatan tersebut, pakar geostrategis berpandangan bahawa kepentingan jangka panjang daripada lawatan berkenaan tidak boleh dipandang enteng.

BACA LAGI: Jiwa 'nature' pengasas Kansha Life hasilkan 5 variasi minyak kelapa, lilin kitar semula

BACA LAGI: Pengecualian SST: Pasaran emas Malaysia lebih kompetitif berbanding Singapura-Indonesia — Perunding Kewangan

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak Ketua Negara BRICS ke-17 di Rio, Brazil. 7 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - Afiq Hambali/ Pr

Anwar (duduk dua dari kanan) semasa Sidang Kemuncak Ketua Negara BRICS ke-17 di Rio, Brazil. — AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, Malaysia ketika ini cuba membawa negara-negara Asean menerokai pasaran yang lebih luas bukan sahaja ke Eropah bahkan ke Amerika Latin.

Sebagai Pengerusi Asean ketika ini, kehadiran Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS disifatkan sebagai langkah proaktif dalam merangka semula hubungan ekonomi global, terutama dalam dunia yang semakin berpecah dari segi geopolitik.

"Malaysia menggunakan BRICS sebagai landasan untuk menyuarakan pendapat daripada negara-negara kecil yang tergolong dalam Selatan Global.

Azmi berkata, Perdana Menteri ke luar negara bukan saja sebagai pemimpin nombor satu negara sebaliknya bertindak sebagai Pengerusi ASEAN. 

"Jadi di sini, BRICS penting buat Malaysia agar suara kita sebagai negara kecil didengari organisasi besar seperti IMF, G7 dan World Bank yan dikawal oleh negara Barat dalam Utara Global.

"Apabila Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva bersetuju untuk hadir ke Sidang Kemuncak Asean pada Oktober nanti, ia boleh dikatakan satu berita baik, ditambah lagi dengan persetujuan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni bagi tujuan sama.

"Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri ke luar negara bukan saja sebagai pemimpin nombor satu negara sebaliknya bertindak sebagai Pengerusi Asean," katanya kepada Majoriti.

Perdana Menteri ketika berucap di Rio de Janeiro menyeru kepada sistem antarabangsa yang lebih adil, inklusif dan berteraskan peraturan, mendapat sambutan positif dalam kalangan negara BRICS dan negara-negara Selatan Global.

Pendekatan Malaysia yang menekankan kerjasama berbanding konfrontasi memperkukuh bukan sahaja hubungan dua hala dengan Brazil, malah membuka ruang kerjasama lebih mendalam dengan negara-negara seperti China, India, Afrika Selatan dan Rusia.

Selain aspek diplomasi, lawatan tersebut juga dijangka membawa pulangan ekonomi yang mampan untuk Malaysia dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, tidaklah wajar jika ada pihak yang mempersoalkan lawatan kerja PMX yang nyata mampu membawa manfaat kepada negara rantau ini.

Suseela berkata, lawatan itu mencerminkan visi perdana menteri dalam membawa Malaysia ke arah pembaharuan yang berterusan.

Nada sama disampaikan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA, Prof Madya Dr Suseela Devi Chandran berkata, usaha menjalin kerangka baharu perdagangan dan pelaburan dengan Brazil dan negara BRICS lain akan mempelbagaikan rakan dagang Malaysia serta mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.

“Penglibatan seperti ini bukan untuk keuntungan segera, tetapi untuk membina landasan pertumbuhan jangka panjang.

“Penyertaan Perdana Menteri dalam forum global seperti BRICS menunjukkan bahawa Malaysia bersedia memainkan peranan yang lebih tegas dan konstruktif dalam mencorak masa depan ekonomi dunia," katanya.

Lawatan itu, menurut beliau, turut mencerminkan visi Perdana Menteri dalam membawa Malaysia ke arah pembaharuan yang berterusan iaitu satu kepimpinan yang memandang ke hadapan dan bukan terperangkap dalam retorik politik jangka pendek.

Usaha kerajaan untuk menetapkan semula dasar luar, memperkukuh tadbir urus dan membina ekonomi berteraskan prinsip telah mengembalikan semula keyakinan antarabangsa.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram