
SEORANG penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang berlaku di Batu 10, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak menghala ke Jeli, Kelantan pada Jumaat.
Menurut rakaman dashcam yang tular di media sosial, insiden berlaku apabila sekumpulan penunggang motosikal dilihat menunggang dalam berkonvoi sebelum salah sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas.
Difahamkan, mangsa berusia 33 tahun, beralamat di Jertih, Terengganu, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan, Hospital Jeli, Kelantan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun mengesahkan kejadian terbabit dalam satu kenyataan.
SEORANG penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang berlaku di Batu 10, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak menghala ke Jeli, Kelantan pada Jumaat. pic.twitter.com/QZcWlKkrnp
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 27, 2025
Katanya, kejadian itu berlaku pada pukul 12.50 tengah hari melibatkan motosikal jenis Kawasaki ZX1000 serta kereta jenis Honda City 1.5.
"Hasil siasatan awal mendapati motosikal berkenaan datang dari arah Gerik menghala ke Jeli, manakala kereta pula dari arah bertentangan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang sedang melalui laluan itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat kemalangan tersebut.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Sekiranya terdapat saksi atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, mereka boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jeli di talian 09-9440222," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram