Polis tunggu pemandu bas bawa pelajar UPSI discaj hospital sebelum reman


  • Kes
  • Selasa, 10 Jun 2025

Kemalangan di Gerik pada awal pagi Isnin menyebabkan 15 pelajar UPSI terkorban.

PERINTAH reman terhadap pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga mengakibatkan 15 nyawa terkorban akibat kemalangan di Gerik akan dikeluarkan sebaik sahaja dia dibenarkan keluar hospital, kata polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu tersebut kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Kita perlu menunggu dia discaj hospital sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 15 maut bas bawa pelajar UPSI terlibat kemalangan di Gerik

BACA LAGI: 'Sayu hati lihat keluarga mangsa,' Exco Perak ziarah waris, mangsa tragedi UPSI, titip semoga terus kuat hadapi ujian

Pemandu tersebut mengalami kecederaan tangan dan tiada keterangan diambil setakat ini.

Menurut Noor Hisam, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Dalam kejadian sekitar pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik pada Isnin,15 pelajar UPSI terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan maut selepas bas yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih ke kampus UPSI di Tanjung Malim.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza turut cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram