
HARI Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan.
Ia bukan sekadar sambutan simbolik, tetapi lambang kasih sayang, penghormatan dan penghargaan terhadap insan yang mendidik tanpa jemu.
Tidak kira apa bentuk atau nilai hadiah yang diterima, insan bergelar pendidik tetap menghargai setiap pemberian daripada anak murid mereka.
BACA LAGI : Suka 'check' pintu walau sudah dikunci? Ini 8 ciri personaliti tersembunyi anda
BACA LAGI : Mengaku dapat 'back up' polis, mamat Rohingya cabar kesabaran penduduk Kemaman
Bukan itu sahaja, ada ibu bapa yang sanggup berbelanja lebih untuk membelikan hadiah istimewa buat guru-guru anak mereka. Tidak kurang juga kisah guru yang menerima hadiah unik seperti ulam-ulaman daripada anak murid.
Tahun ini, tindakan spontan seorang lelaki, Jamaludin Musa melalui akaun TikTok, scubanaut16 menghadiahkan beberapa ekor ikan kepada guru dua orang anaknya sempena Hari Guru mencuri perhatian netizen.
Apatah lagi jenis ikan laut yang diberikan itu bernilai tinggi dan merupakan makanan laut yang sedap dimakan.
Dalam video berdurasi seminit lebih yang dikongsikan, memaparkan gelagat dua anaknya yang menyerahkan hadiah unik itu kepada guru mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek yang berlokasi di Pulau Tioman, Johor.
Turut kelihatan wajah gembira kedua-dua guru tersebut mengucapkan terima kasih.
"Ini hadiah paling ‘rare’ pernah diterima sempena sambutan Hari Guru," kata guru wanita berkenaan.
"Sekolah di pulau. Hadiah Hari Guru cara pulau. Malam ni boleh masak tiga rasa, cikgu.
"Terima kasih cikgu-cikgu SK Tekek Pulau Tioman. Mengajar dan mendidik anak-anak. Selamat Hari Guru," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, Saifudin Amir menjelaskan salah seekor ikan yang diberikan itu merupakan ikan Gomblang.
"Weh ini ikan Gomblang, ikan mahal ini. Boleh cecah harga sampai RM300 seekor, dapat yang besar pula itu," tulisnya.
Sementara itu, seorang pengguna TikTok, Aris turut memuji tindakan spontan kedua-dua murid tersebut.
"Cikgu dapat ikan mahal itu cikgu, sedapnya. Berminyak bibir cikgu masa makan ikan itu nanti cikgu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram