
KEMENTERIAN Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip hasil lebih RM24 juta menerusi bidaan nombor pendaftaran khas siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun ke-79 JPJ baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nombor A9A mencatat bidaan tertinggi dengan nilai RM902,020, diikuti A11A dan A8A yang masing-masing dibida pada harga RM703,007 dan RM700,000.
"Nombor A7A pula berada di tempat keempat tertinggi dengan bidaan RM502,000, manakala A2A dibida pada harga RM490,888,” katanya.
BACA LAGI : Pelanggan pisang goreng cemas, lelaki maut ditikam suspek disyaki sakit mental depan bank di Shah Alam
BACA LAGI : 'Kakak, tolonglah pulang. Kalau ada masalah, kita boleh selesaikan bersama-sama seperti keluarga'
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program latihan pemandu lori pengangkut kenderaan bagi pengendalian kenderaan elektrik (EV) pada Khamis.
Menurut Loke, lima nombor yang menerima jumlah pembida tertinggi adalah A51A dengan 40 pembida, diikuti A101A (31), A8118A (29), A1881A (27) dan A19A (27).
Beliau berkata, hasil daripada bidaan nombor pendaftaran khas termasuk siri ‘AA’ akan disalurkan kembali kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif Kementerian Pengangkutan seperti program MyLesen, kempen pertukaran topi keledar dan inisiatif perjalanan FlySiswa.
Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua yang menyertai proses bidaan atas talian bagi siri ‘A__A’ melalui sistem JPJeBid yang dibuka pada 19 April dan ditutup pada 23 April lepas. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram