'Kakak, tolonglah pulang. Kalau ada masalah, kita boleh selesaikan bersama-sama seperti keluarga'


  • Massa
  • Khamis, 24 Apr 2025

Darwisya Sofea, 14, dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 10.30 malam hanya membawa beg galas pada Selasa lalu.

SEORANG ibu merayu anak perempuannya yang hilang sejak tiga hari lalu supaya segera pulang ke rumah, selepas remaja itu dilaporkan keluar seorang diri dari kediaman mereka di Desa Hartamas, Kuala Lumpur sejak Selasa lalu.

Darwisya Sofea, 14, dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 10.30 malam hanya membawa beg galas tanpa meninggalkan sebarang pesanan kepada keluarga.

Ibunya, Nurul Jannah Johari, 41, berkata, mereka hanya menyedari kehilangan Darwisya apabila mendapati anak sulungnya tiada di bilik tidur dan kunci pintu rumah turut hilang.

BACA LAGI : Pelanggan pisang goreng cemas, lelaki maut ditikam suspek disyaki sakit mental depan bank di Shah Alam

BACA LAGI : ‘Mama reda nak’, ibu pasrah jasad Muhd Aniq Faiz akhirnya ditemukan tersangkut di tebing sungai Tamparuli

"Kakak, tolonglah pulang. Kalau ada masalah, kita boleh selesaikan bersama-sama seperti keluarga.

"Kami semua risau kalau ada perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada Majoriti.

Menurut Nurul Jannah, laporan polis dibuat pada Rabu, namun sehingga kini masih tiada maklumat atau petunjuk berkaitan keberadaan anaknya.

Katanya, usaha mencari Darwisya  itu termasuk menghubungi rakan-rakan rapat serta pencarian di kawasan sekitar juga tidak membuahkan hasil.

"Saya ikhtiar cari kakak di kawasan sekitar dan hubungi semua kenalan dia, tapi semuanya buntu. Sudah tiga hari dia hilang. Saya sangat risau keselamatan dia," katanya dalam nada sebak.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi ibu Darwisya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu mengesan anaknya.

"Saya mohon jasa baik sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai Darwisya supaya segera hubungi kami atau pihak polis. Setiap maklumat amat kami hargai.”

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi keluarga di talian yang disediakan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram