Kesan darah ditemui dalam bilik milik Zayn Rayyan — Saksi


Perkara itu didedahkan saksi pendakwaan ke-28, Mohd Hafizee ketika memberikan keterangan pada Selasa.

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Selasa diberitahu bahawa kesan darah yang ditemukan di sebuah bilik di rumah Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.

Perkara itu didedahkan saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, 38, ketika memberi keterangan selepas ditanya siapa pemilik darah dalam sebuah bilik oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh.

"(Darah) dalam bilik air (milik) B1 (Zaim Ikhwan), (darah) dalam bilik (milik) si mati (Zayn Rayyan)," katanya seperti dilaporkan Berita Harian

Mohd Hafizee berkata, keputusan itu adalah berdasarkan laporan diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia apabila mendapati spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati.

"Keputusan laporan kimia ini dikeluarkan ahli kimia Nor Aidora Saedon yang mana darah si mati berpadanan dengan spesimen tulang sternum berlabel Zayn Rayyan," kata Mohd Hafizee sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pada Isnin, Mohd Hafizee berkata, ada kesan darah di bilik dan dalam bilik air rumah Zayn Rayyan ketika pasukan forensik melakukan proses luminol (mendapatkan tindak balas kesan darah) di rumah kanak-kanak itu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Ketika memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan utama itu, beliau memaklumkan DNA atau darah ditemukan dalam bilik air itu adalah milik Zaim Ikhwan sebagaimana dalam laporan kimia.

Pada Isnin, Mohd Hafizee berkata, ada kesan darah di bilik dan dalam bilik air rumah Zayn Rayyan ketika pasukan forensik melakukan proses luminol (mendapatkan tindak balas kesan darah) di rumah kanak-kanak itu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, berhubung sampel tanah yang diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia, Mohd Hafizee berkata, hasilnya adalah negatif yang mana tanah berasal dari sumber berbeza.

Pada masa sama, beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan di rumah terbabit turut menemui sepasang kasut sekolah berwarna hitam yang dipenuhi kesan lumpur ditemui di dalam bilik pertama berhampiran peti ais.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berhubung sampel tanah yang diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia, Mohd Hafizee berkata, hasilnya adalah negatif yang mana tanah berasal dari sumber berbeza.

Mohd Hafizee dalam pernyataan saksinya turut mengarahkan pasukan forensik mengambil sampel tanah berhampiran lokasi si mati dijumpai untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis, selepas terlihat sepasang kasut hitam yang mempunyai kesan lumpur di sebelah peti ais sebuah bilik di hadapan dapur rumah itu.

Ketika disoal Raja Zaizul Faridah sama ada siasatan lain dibuat terhadap pengasuh si mati iaitu Auni Afiqah Abas mengenai dakwaan saksi itu mendengar suara seperti kanak-kanak Zayn Rayyan seolah-olah cuba melepaskan diri, Mohd Hafizee berkata, Auni gagal mengesan suara itu adalah si mati.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada 5 Disember 2023.

"Auni mengatakan ada mendengar suara pada sebelah petang seperti suara si mati di tengah-tengah Blok R dan Blok S.

"Saya ambil tindakan bawa Auni ke lokasi kejadian dan menunjukkan lokasi yang dikatakan mendengar suara si mati seperti cuba melepaskan diri di kawasan berkenaan.

"Hasil siasatan saya mendapati Auni gagal mengesahkan suara itu adalah suara si mati," katanya dalam laporan sama.

Sementara itu, diatanya mengenai punca menyebabkan berlakunya perbezaan antara nama si mati, iaitu Zayn Rayyan bin Abdul Matin berbandin dalam dokumen sijil kelahiran yang tertera nama bapa Zaim Ikhwan Zahari, Mohd Hafizee berkata, siasatan pihaknya mendapati pasangan itu lewat mendaftar perkahwinan di Malaysia.

"Siasatan saya mendapati tertuduh pertama Zaim Ikhwan dan tertuduh kedua iaitu Ismanira berkahwin di Narathiwat, Thailand sekitar Jun 2016 dan terlewat mendaftar perkahwinan di Malaysia.

"Oleh demikian, si mati berbinkan atas 99 nama Allah," katanya.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada 5 Disember 2023.

Jika sabit bersalah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Dalam insiden tragis pada penghujung 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram