
"BAHAGIA macam ini pun satu rezeki. Itulah kata-kata ringkas tetapi penuh makna daripada seorang anak setelah melihat ibu bapanya tersenyum apabila dapat membeli makanan yang selama ini diidamkan.
Segalanya bermula apabila si ibu berkongsi rakaman pendek kepada anaknya yang menunjukkan detik dia menikmati snek corn dog dan air minuman bersama suami di dalam kereta.
Anak pasangan itu yang dikenali sebagai Sya kemudian memuat naik video tersebut di platform TikTok sehingga membuatkan ramai tersentuh.
BACA LAGI: Muntah susu normal atau petanda masalah lain? Ketahui cara atasinya, perut bayi selesa, ibu gembira
BACA LAGI: Elak ayat 'ibu tidur lama' pada anak, pakar ulas cara atasi kesedihan pemergian orang tersayang
@kaksha_91 Mak hantar video ni semalam. Depa p claim duit mysara. Seronok dapat barang free mak abah kata. Alhamdulillah. Bahagia macam ni pun satu rezeki. Semoga mak abah siht selalup/s nanti kak beli corndog banyak2 kat abah ok
꿈과 책과 힘과 벽 - JANNABI
"Mak hantar video ini semalam. Mereka pergi claim duit MySARA. Seronok dapat barang percuma, mak abah sebut Alhamdulillah. Semoga mak abah sihat selalu. Nanti kak beli corn dog banyak-banyak kat abah okay,” tulisnya.
Dalam rakaman itu, tangan si suami menggenggam corn dog dan air minuman yang baru dibeli menggunakan bantuan MySARA sebanyak RM100 yang diberikan kepada rakyat berkelayakan.
“Corn dog ni RM8, air RM6. Dia (bapa) teringin sangat nak rasa. Tak pernah merasa pun sebelum ni. Alhamdulillah, guna duit yang kerajaan beri. Cek-cek sekali dapat MySARA,” kata si ibu dalam nada gembira.
Senyuman di wajah bapa yang akhirnya dapat merasai corn dog buat pertama kali benar-benar meruntun hati warga maya.
Rata-rata sebak melihat bagaimana bantuan bernilai RM100 mampu mencipta momen bahagia buat sesetengah keluarga.
"Betapa besarnya nilai RM100 bagi sesetengah orang. Katalah apa pun kepada kerajaan. Tetapi senyuman di wajah mereka yang memerlukan ini bukti kerajaan berjaya ringankan beban rakyat sedikit sebanyak," tulis Nabila.
"Mungkin bagi kita RM100 tu biasa, tetapi tidak kepada sesetengah orang. Duit memberi kebahagiaan, I cry," tulis 76120.
Untuk makluman, MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2025 untuk membantu golongan terkesan dengan memenuhi keperluan barangan asas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram