Rumah ranap dihempap tanah runtuh pepagi buta di Gombak


  • 112
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Bomba melaksanakan pemantauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Batu 12 Gombak, pada Jumaat. —Gambar/JBPM Selangor

SEBUAH rumah di Batu 12 Gombak, Kampung Orang Asli dekat Gombak, Selangor ranap dalam satu kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail , sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pukul 5.05 pagi.

"Kejadian melibatkan tanah runtuh berkeluasan 10 x 15 kaki persegi yang telah menghempap dinding sebuah rumah.

BACA LAGI : Bayi lelaki 5 bulan dilaporkan meninggal dunia bawah jagaan pengasuh di Kangkar Pulai

BACA LAGI :  Zayn Rayyan mati akibat dijerut, ada kesan telinga dipotong — Pakar forensik

"Bagaimanapun insiden tidak melibatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, seramai enam anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan di kawasan sekitar. 

"Anggota yang ditugaskan turut memberi nasihat dan taklimat kepada penghuni yangterkesan sebagai langkah keselamatan," katanya. 

Jelasnya, pihak pejabat tanah juga telah dimaklumkan berkenaan insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram