[VIDEO] Tragedi sehari sebelum raya, 3 terkorban nahas kemalangan 5 kenderaan di LPT


  • 112
  • Ahad, 30 Mac 2025

Seramai tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di LPT arah Kuantan, Pahang pada Ahad. — Bomba

SERAMAI tiga mangsa meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, Pahang berhampiran Kampung Lentang, pada petang Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah lori lima tan, empat buah kereta iaitu Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga, dan Subaru.

Menurutnya, insiden tersebut turut mengorbankan tiga mangsa manakala tiga lain cedera parah dan selebihnya terselamat tanpa kecederaan.

BACA LAGI: Hari Raya Aidilfitri 2025 disambut pada Isnin

BACA LAGI: 'Cita-cita di bangku sekolah tercapai', orang kampung bangga Avlyanie satu-satunya anggota wanita SMART jayakan misi di Myanmar

Dalam kejadian sama, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa yang menaiki Honda Accord.

Manakala, seorang lagi perempuan dewasa serta dua kanak-kanak yang turut berada dalam kenderaan sama cedera.

Mereka juga dilaporkan sudah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong, Pahang.

Pemandu lori lima tan yang terlibat dalam kemalangan itu pula dilaporkan hanya cedera. 

Empat individu yang menaiki Proton Waja, terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dewasa dilaporkan selamat.

Sementara itu, dua individu yang menaiki Proton Saga dan dua lagi yang berada dalam Subaru juga tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi, PBK II KUP Roslani bin Seman dilaporkan berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas rescue tools untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam Honda Accord.

Kejadian tersebut juga berlaku sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang ditetapkan pada Isnin ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram