Kerajaan Selangor pertimbang kenaikan elaun termasuk atlet para


  • Primer
  • Isnin, 24 Feb 2025

Penyelarasan elaun semua atlet yang akan dilakukan oleh kerajaan Selangor itu bagi mengelakkan risiko kehilangan bakat besar. — Gambar hiasan

 

KERAJAAN Selangor sedang mempertimbangkan untuk menyemak semula elaun atlet bagi memastikan mereka kekal di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, negeri yang menawarkan elaun rendah berisiko kehilangan bakat.

"Negeri yang memberi tumpuan kepada pembangunan sukan mungkin menarik minat atlet dari negeri lain.

"Kami tidak mahu kehilangan atlet berpotensi tinggi," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif Bahardin tentang elaun sukan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada Isnin di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu licik ‘cucuk’ kereta depan, elak bayar tol di Sentul Pasar

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara 'blind spot' lori, nenek lintas jalan maut terperosok bawah treler di Guatemala

Mohd Najwan menjelaskan tentang penyelarasan elaun semua atlet yang akan dilakukan oleh kerajaan Selangor. — The Star

Mohd Najwan berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji penyelarasan elaun untuk semua atlet termasuk kategori orang kelainan upaya (OKU) atau para.

Adun Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya pada masa sama mengemukakan soalan awal berhubung program pembangunan belia di negeri itu.

Najwan menjawab, terdapat banyak program yang difasilitasi oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi.

"Antaranya adalah Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) yang membenarkan usahawan memohon sehingga RM30,000 untuk membeli mesin atau alatan untuk perniagaan mereka.

"Sebanyak RM2 juta juga sudah diperuntukkan pada 2025 untuk DUMS,” katanya.

Beliau juga berkata, inisiatif lain termasuk Program Pembangunan Usahawan Plats (U-Plats) yang menawarkan latihan kepada usahawan untuk membantu mereka bergerak ke arah pendigitalan dan Program Selangor 1,000 Digital, yang bertujuan untuk melatih 500 usahawan dalam e-perniagaan dan 500 peserta lagi dalam penstriman langsung. — The Star/VIJENTHI NAIR

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram