[VIDEO] Murid darjah 1 putus tangan, adik putus kaki digilis lori tanah di Nibong Tebal


  • 112
  • Selasa, 18 Feb 2025

Murid darjah satu mengalami putus tangan kiri manakala adiknya yang berusia lima tahun putus kaki kanan selepas motosikal dinaiki mereka digilis lori tanah di susur masuk ke Jalan Persekutuan Sungai Bakap pada pagi Selasa.

HASRAT ke sekolah bertukar tragedi apabila seorang murid darjah satu mengalami putus tangan kiri manakala adiknya yang berusia lima tahun putus kaki kanan selepas motosikal dinaiki mereka digilis lori tanah di susur masuk ke Jalan Persekutuan Sungai Bakap, Pulau Pinang pada pagi Selasa.

Memetik The Star, kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu berlaku ketika dua beradik tersebut menaiki motosikal bersama nenek mereka yang berusia 50-an.

Maklumat awal mendapati motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori bermuatan tanah yang sedang keluar dari susur sebelah kiri jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Naluri ibu tak pernah salah, terkenang saat sempat patah balik 'sambar' anak elak dihempap bumbung ranap di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

Insiden tersebut menyebabkan dua beradik itu mengalami kecederaan parah manakala nenek mereka mengalami kecederaan di kepala.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Selatan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.40 pagi sebelum menghantar pasukan ke lokasi.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dengan lori yang membawa muatan tanah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua mangsa kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan parah dan mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah memberikan rawatan awal kepada seorang wanita (nenek kepada dua beradik) yang mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum menghantarnya ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram