Pendakian terakhir, warga emas meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu


  • 112
  • Isnin, 10 Feb 2025

WARGA tempatan berusia 65 tahun meninggal dunia ketika mendaki puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada Ahad. — Bomba

LELAKI berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendaki puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Mangsa, seorang warga tempatan dilaporkan tidak sedarkan diri di Kilometer 5.5 Gunung Kinabalu.

Memetik laporan Info X, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 3.11 petang.

BACA LAGI: PLKN 3.0 beri peluang remaja fahami sistem pilihan raya, kembangkan bakat kepimpinan

BACA LAGI: [VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol

Ridwan berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSAR) serta malim gunung dan anggota SAR dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa turun menggunakan ‘robinson stretcher’ sehingga ke Timpohon Gate.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ridwan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada pukul 8.03 malam,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram