Raih perolehan tertinggi 2024, Majlis Perbandaran Kulai mahu terus jaga kebajikan penduduk


  • Massa
  • Ahad, 09 Feb 2025

Majlis Perbandaran Kulai sedia untuk meningkatkan perkhidmatan kepada penduduk bandar itu. — Facebook/Majlis Perbandaran Kulai

MAJLIS Perbandaran Kulai (MPKu) mengutip lebih RM191.7 juta pada 2024, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini.

Presidennya, Mohd Fahmi Salam berkata jumlah itu juga melebihi unjuran hasil tahun lalu sebanyak RM141.3 juta.

"Penghargaan diberikan kepada kerja keras kakitangan majlis. katanya merujuk kepada kutipan hasil, termasuk cukai taksiran.

"Saya harap jumlah ini akan terus meningkat tahun ini seiring dengan pembangunan baru di Johor," katanya merujuk kepada kutipan hasil, termasuk cukai taksiran.

BACA LAGI: Makan brokoli dan kubis bantu turunkan tekanan darah

BACA LAGI: Remaja dari Melaka sanggup datang PJ hadiri pameran PSM demi hobi kumpul setem

salam

Mohd Fahmi Salam

Mohd Fahmi menyatakan Kulai adalah salah satu daripada enam majlis tempatan yang terlibat dalam inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

"Kita boleh menjangkakan manfaat yang signifikan untuk daerah ini dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh majlis.

Dia menambah yang tahun ini, MPKu akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pembayar cukai, menjaga kemudahan awam serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Mohd Fahmi menyeru kakitangan MPKu untuk sentiasa memperbaiki proses dan mengikuti perkembangan terkini.

"Saya kagum dengan bagaimana kecerdasan buatan (AI) dapat membantu jabatan kerajaan dalam mengurus aliran kerja.

"Saya menyokong sepenuhnya visi MPKu untuk menggunakan teknologi seperti itu bagi memperbaiki perkhidmatan kami.

"Kami juga akan memperkukuhkan usaha pelancongan kami selaras dengan kempen Tahun Melawat Johor 2026.

"Saya berharap infrastruktur dan kemudahan pelancongan berada dalam keadaan baik untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kulai," jelasnya. — The Star/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram