Aksesori perak alternatif perhiasan emas, rekaan menonjol ekspresi kemewahan


  • Bizz
  • Isnin, 27 Jan 2025

Perak menjadi trend besar dalam pemakaian barang kemas sekarang.

SIAPA sangka, seorang pereka dan pengukir barang kemas mampu mencipta sejarah tersendiri apabila menghasilkan rekaan perhiasan perak sehingga mencuri perhatian ramai pada era 1980-an dan 1990-an.

Pereka tersebut ialah Robert Lee Morris mencipta rekaan perak bersaiz besar seperti anting-anting, breastplate dan gelang tebal, sekali gus menjadikan beliau ikon dalam dunia fesyen.

Karya-karyanya membolehkan beliau memperoleh kerjasama jangka panjang dengan pereka fesyen, Donna Karan dan menjalin persahabatan bersama pereka fesyen Jerman, Karl Lagerfeld.

BACA LAGI: [VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah

BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara

photo_2025-01-26_13-34-59

Robert Lee Morris terkenal dalam mencipta rekaan perak bersaiz besar.

Tidak hanya itu, jenama perhiasannya juga berjaya dieksport ke Jepun.

Kedai Artwear miliknya di Soho, New York, Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan pendekatan galeri seni dalam mempamerkan perhiasan menjadi tempat tumpuan sebelum kawasan tersebut berkembang menjadi pusat beli-belah.

Walaupun kedai tersebut ditutup pada 1995, legasi Morris sebagai pereka yang mengutamakan perak khususnya perak sterling terus dikenang.

Kenaikan harga emas yang melambung tinggi hingga mencecah hampir AS$2,800 (RM12,500) satu auns (bersamaan 28.35 gram) pada Oktober 2024 menjadikan perak berharga AS$30 (RM134) satu auns pilihan ideal.

Banyak pereka perhiasan beralih kepada perak untuk menghasilkan rekaan besar dan rumit kerana jika menggunakan emas pastinya lebih mahal.

Lelaki berusia 77 tahun itu sendiri mengakui bahawa ramai memilih perhiasan perak kerana ia mampu milik.

Beliau percaya minat terhadap perhiasan besar meningkat kerana orang ramai mencari cara mengekspresikan diri dengan aksesori yang lebih berani.

An image from Leo Costelloe shows the artist Leo Costelloe’s sterling silver “Party Crown.” (Leo Costelloe via The New York Times) —  NO SALES; FOR EDITORIAL USE ONLY WITH NYT STORY SLUGGED SILVER JEWELRY  BY MISTY WHITE SIDELL FOR DEC. 20, 2024. ALL OTHER USE PROHIBITED. —

Perhiasan perak semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Selain Robert Lee Morris, banyak pereka perhiasan lain juga mencipta karya menggunakan perak.

Contohnya, jenama J Hannah di Los Angeles menghasilkan kalung pesona dan cincin signet klasik, sementara Mondo Mondo lebih dikenali dengan rekaan eksentrik dihiasi batu permata berwarna-warni.

Pereka, Sophie Buhai dari Los Angeles pula menghasilkan barrette dan kalung loket berbentuk telur dan pasu, yang mengingatkan kepada rekaan ikonik Elsa Peretti untuk Tiffany & Co.

Di London, Leo Costelloe menghasilkan perhiasan menyerupai busur dan mahkota, manakala pereka seperti Charlotte Chesnais di Paris dan Juju Vera di New York lebih fokus kepada perhiasan mengutamakan lengkungan dan bentuk berbeza.

Dalam dunia fesyen perhiasan, harga perak yang lebih rendah memberi kebebasan kepada pereka bereksperimentasi dengan rekaan lebih kreatif.

Di London, jenama Completedworks mencatatkan peningkatan jualan perhiasan perak pada 2024.

Pengasasnya, Anna Jewsbury berkata, perhiasan perak memberi lebih ruang untuk fokus kepada reka bentuk dan kreativiti.

Begitu juga dengan Love Adorned, sebuah butik di New York yang terkenal dengan koleksi jenama bebas dan vintaj menyaksikan peralihan minat pelanggan dari emas kepada perak dalam gaya terkini.

Pereka perhiasan terkenal seperti Kendra Scott juga menunjukkan peningkatan jualan perhiasan perak pada 2024 terutamanya dengan trend perhiasan besar dan berani semakin digemari.

Peralihan dari gaya minimalis kepada perhiasan lebih menonjol dan penuh ekspresi itu turut diakui oleh Editor Majalah i-D, Thom Bettridge yang mengatakan bahawa aksesori kini menjadi cara mengekspresikan kemewahan.

Secara keseluruhan, perhiasan perak kini menjadi pilihan utama dalam dunia fesyen dengan pereka lebih bebas untuk menghasilkan rekaan unik dan penuh makna.

Sementara itu, pembeli pula semakin tertarik kepada perhiasan yang bukan sahaja cantik, tetapi mampu milik.

Perak kini lebih daripada sekadar bahan, ia adalah medium seni yang memberikan peluang untuk kreativiti dan ekspresi diri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram