Batik Air lancar program penerbangan baharu lebih kerap


  • Hobi
  • Khamis, 23 Jan 2025

Beijing adalah salah satu daripada destinasi pilihan Batik Air.

DAPATKAN peluang untuk menerima manfaat dan ganjaran menarik setiap kali anda terbang dengan Batik Air Malaysia melalui program penerbangan kerap yang baharu, Batik Air Club (dahulu dikenali sebagai Malindo Miles).

Penumpang yang sering terbang dan juga mereka yang pertama kali terbang dengan Batik Air akan menikmati manfaat eksklusif melalui Batik Air Club, yang menawarkan lebih daripada sekadar penerbangan.

Sistem ganjaran Batik Air Club yang baharu itu memberikan liputan lebih luas untuk mengumpul dan menebus mata ganjaran.

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

Mata ganjaran akan diberikan berdasarkan kelas tambang yang ditempah (bermula dengan value fare) terus melalui laman web Batik Air.

Mata yang terkumpul boleh ditebus untuk penerbangan percuma dengan Batik Air Malaysia dan semua syarikat penerbangan di bawah Kumpulan Lion Air.

Mata ganjaran juga boleh dikumpul melalui pembelian barang dengan menggunakan kad kredit daripada bank-bank rakan kongsi.

Ahli Batik Air Club boleh menikmati sehingga 25 peratus mata ganjaran tambahan, akses keutamaan, promosi eksklusif dan pelbagai manfaat lain.

Bagi ahli sedia ada Malindo Miles, mata ganjaran mereka akan digabungkan dan ditukarkan ke dalam mata Batik Air Club iaitu setiap 1,000 mata Malindo Miles bersamaan dengan 10 mata Batik Air Club.

Bergantung pada kelas tambang yang ditempah, ahli boleh menikmati sehingga 100 peratus nilai penebusan yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Batik Air Club, lawati batikair.com.my. The Star/NATASHA A

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram