JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan tular mengenai kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan RTK 3.0.
"Jabatan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama program RTK," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA LAGI: Jakim sahkan 'Ham and Cheese Sandwich' tiada sijil halal
BACA LAGI: Tiada kompromi bagi pegawai JPJ terbabit sindiket ‘stiker perlindungan’ lori — Anthony Loke
Zakaria menasihatkan orang ramai melayari portal rasmi serta akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan jabatan berkenaan.
Progam RTK 2.0 yang diperkenalkan pada 27 Jan 2023 berakhir sepenuhnya pada 30 Jun 2024.
JIM menafikan dakwaan tular di media sosial.
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan program khas bertujuan menjadikan pendatang asing di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang berkelayakan tertakluk di bawah syarat kerajaan yang ketat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram