DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur digesa untuk melaksanakan sistem bazar yang dilakukan pada Tahun Baharu Cina, seperti yang diaplikasikan pada sambutan perayaan lain.
Aktivis komuniti, Yee Poh Ping berkata, DBKL sepatutnya mengenal pasti kawasan bersesuaian untuk bazar sambutan Tahun Baharu Cina lebih awal, berbanding pada waktu sekarang dengan menetapkan lokasi dan bilangan lot hanya apabila menerima permohonan.
"Kami mahu DBKL untuk mengenal pasti tapak bazar untuk Tahun Baharu Cina lebih awal," katanya sambil merujuk kepada kelulusan ad hoc untuk gerai Tahun Baharu Cina pada masa ini.
Poh Ping turut meminta DBKL untuk pertimbangkan kawasan sekitarnya apabila meluluskan lot perniagaan bagi mengelakkan masyarakat sekitar terjejas akibat tindakan itu.
"Benarkan satu lot untuk satu permohonan dan bukan lebih," dia berkata dalam satu sidang media untuk menjelaskan isu parkir yang diambil untuk sambutan bazar sekali gus mengakibatkan kekurangan parkir di Kepong Baru, Kuala Lumpur.
Poh Ping berkata kawasan komersial Laman Rimbunan mengalami masalah trafik selama 20 tahun, terutamanya pada Tahun Baharu Cina kerana lot parkir digunakan oleh peniaga bazar.
"Seorang peniaga tidak boleh mengambil sehingga 10 parkir. Setiap tahun, sebanyak 20 lot parkir di Laman Rimbunan diambil untuk festival bazar," ujarnya.
Yee Poh Ping berkata, DBKL mesti mengenal pasti tapak yang sesuai untuk bazar Tahun Baharu Cina.
Katanya, tahun ini, khemah yang disediakan mengambil lebih 20 lot, membawa kepada jumlah sebanyak 40 lot.
"Lot parkir di hadapan bank juga sudah diambil. Ini tidak sepatutnya berlaku.
"DBKL mesti mengenal pasti tapak yang sesuai untuk bazar Tahun Baharu Cina.
"Lot parkir di kawasan komersial tidak sesuai untuk bazar perayaan, trafik akan menjadi lebih teruk," katanya sambil menunjukkan kawasan perniagaan Laman Rimbunan ialah kawasan yang sibuk.
"Sukar untuk mencari tempat letak kereta pada hari-hari biasa, lebih teruk apabila lot diambil untuk bazar Tahun Baharu Cina," tambahnya.
Poh Ping berkata, DBKL harus mempertimbangkan tapak di Jalan Kepong, Jalan Mergastua di Kepong Baru, Jalan Kepong Baru, Jalan Metro Perdana, Jalan Jinjang Utama dan Metro Perdana, yang lebih sesuai untuk menubuhkan bazar Tahun Baru Cina. — The Star/SHEILA SRI PRIYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram