Sampah tak lagi dikutip di Johor setiap Ahad


  • Primer
  • Rabu, 08 Jan 2025

Kutipan sampah di Johor yang dijadualkan pada Ahad sebelum ini akan dipinda ke Sabtu.

BERIKUTAN perubahan cuti hujung minggu Johor pada 2025, jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal juga berubah.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, keputusan perubahan cuti hujung minggu itu menjejaskan operasi pengurusan sisa yang biasanya dijadualkan pada Ahad.

“Memandangkan hari rehat rasmi negeri telah ditukar kepada Sabtu dan Ahad, kami membuat perubahan kepada jadual kutipan sampah kami," katanya.

BACA LAGI: Tragedi teman ayah pergi bank, budak 7 tahun maut kena hempap bongkah simen di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kedai makan cedera lengan kanan kena tetak lelaki berparang di Raub

SWM Environment Sdn Bhd corporate general manager Mohd Norlisam Mohd Nordin said the KITARecycle app, introduced in 2019, gained popularity during the Covid-19 pandemic when the people spent most of their time at home.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Katanya lagi, kerja-kerja yang biasanya dijalankan pada Ahad akan dipinda kepada Sabtu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa operasi syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal lain tidak akan terjejas.

Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas melakukan pertimbangan teliti bagi mengelak menjejaskan pengurusan sisa di 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana SWM Environment beroperasi.

Orang ramai boleh melihat jadual pengurusan sisa terkini di laman sesawang SWM Environment.

Mohd Norlisam berkata, orang ramai juga boleh berhubung dengan syarikat itu melalui saluran komunikasi mereka yang lain seperti WhatsApp di 012-618 0082 dan hotline di 1-800-88-7472.

Pada Oktober lalu, Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa negeri itu akan mengembalikan hujung minggunya kepada Sabtu dan Ahad yang sebelumnya pada Jumaat dan Sabtu bermula tahun ini. — The Star/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram