MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan dalam penguatkuasaan.
Memetik laporan Harian Metro, Anthony berkata, penggunaan kamera badan bagi anggota JPJ di lapangan akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.
Menurutnya, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli sebelum ini meminta supaya anggota jabatan itu dilengkapkan dengan penggunaan kamera badan supaya imej, keselamatan dan integriti setiap anggota bertugas berada pada tahap tertinggi.
BACA LAGI: Tukang masak maut, bayi 7 bulan kritikal terbabit nahas lepas hadir majlis tunang di Kluang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah).
"Pemakaian kamera badan ini bukan sahaja untuk memastikan imej dan integriti JPJ dijaga, tetapi juga dapat melindungi anggota JPJ.
"Seperti yang saya katakan, kadangkala anggota-anggota JPJ kita juga dicemuh, dihina, dituduh macam-macam.
"Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguasakan undang-undang dapat dirakam," katanya dalam sidang media selepas majlis amanat tahun baharu 2025 pada Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram