River of Life: Projek pemuliharaan sungai bernilai RM4.4 bilion di ibu negara siap menjelang 2030


  • Primer
  • Rabu, 25 Dis 2024

Kerja-kerja pengindahan di beberapa bahagian projek ROL seperti di Brickfields telah disiapkan pada 2017.

BAKI kerja-kerja pemuliharaan sungai di bawah projek River of Life (ROL) dijangka siap menjelang 2030, kata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Menurut jurucakap jabatan itu, kira-kira 80 peratus daripada projek sepanjang 10.7 kilometer (km) itu telah disiapkan.

“Kawasan sekitar Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Brickfields telah siap ditambah baik pada 2017, manakala kerja-kerja pemuliharaan di Titiwangsa Lake Garden siap pada 2019,” katanya.

“Baki 2.2km yang belum dipulihara lagi melibatkan kawasan antara Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) dan kolam tebatan banjir Kampung Puah.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat rider p-hailing mengamuk, tunjuk isyarat lucah lepas kena sergah di simpang jalan Petaling Jaya

BACA LAGI: Dipanggil datang rumah, teman lelaki teruk dikerjakan satu famili termasuk diugut guna pedang samurai lepas hamilkan kekasih di Sabah

Muddy water from Sungai Klang seen inter-crossing with Sungai Gombak at iconic landmark Masjid Jamek Kuala Lumpur after a downpour this morning. — YAP CHEE HONG/The Star

Kawasan sekitar Masjid Jamek telah siap ditambah baik pada 2017.

Tambahnya, kerja-kerja tersebut bertujuan mengindahkan kawasan sepanjang sungai di Kuala Lumpur dengan penambahan elemen kemudahan seperti laluan pejalan kaki dan basikal, taman mini dan pokok yang sesuai.

"Usaha itu dirancang supaya orang ramai dapat menghargai bangunan bersejarah dan warisan budaya di sepanjang laluan berkenaan," jelasnya.

Selain itu, langkah memastikan pengurusan dan penyelenggaraan tapak ROL juga dirangka.

“Ia termasuk melantik agensi berkaitan mengikut kepakaran mereka dan mematuhi peraturan pengurusan aset seperti yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan membatalkan lima daripada 12 projek ROL kerana dianggap kurang signifikan dalam mencapai objektif pelaksanaan projek berkenaan.

ROL bertujuan mengubah Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi ikon tepian air yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi.

Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Pengasas Alliance of River Three, Kennedy Michael menggesa pihak berkuasa memberi perhatian kepada pemulihan ekosistem sungai.

"Jika kualiti air dan ekosistem sungai dipulihkan, kita akan mempunyai sungai yang cantik," katanya.

“Adalah penting untuk diperhatikan bahawa ekosistem sungai kini turut meliputi bangunan di sekitarnya.

"Oleh kerana kita tidak boleh merobohkan semua struktur ini, kita perlu mencari jalan untuk mengekalkan kedua-dua unsur semula jadi dan binaan tanpa menjejaskan kualiti air," tegasnya. — The Star/LEW GUAN XI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram