WARGA emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South, Ipoh pada awal pagi Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan sekitar pukul 1.13 pagi.
"Lelaki berusia 68 tahun ditemukan terbaring di atas kerusi malas di dalam bilik air rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.
BACA LAGI: Travel ke Hong Kong? Jangan lupa kunjungi masjid dan restoran halal khas buat pelancong Muslim
"Rakan mangsa menyedari mangsa terkunci di dalam bilik air dan mengesyaki sesuatu telah berlaku.
"Saksi kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sabarodzi berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram