Rakaman CCTV sahkan serangan anjing punca kematian kucing di UM — Polis


  • 112
  • Ahad, 22 Dis 2024

Kes mengenai penemuan bangkai tiga ekor kucing tular di media sosial sejak awal minggu lalu.

KECEDERAAN dialami ke atas kematian ketiga-tiga ekor kucing di Universiti Malaya baru-baru ini adalah disebabkan serangan anjing liar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia berdasarkan hasil semakan dibuat pihaknya terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat.

“Hasil semakan rakaman CCTV di sekitar kawasan yang terlibat mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang telah bertindak menyerang kucing-kucing tersebut.

BACA LAGI: KPT takkan kompromi, pensyarah UM didakwa hantar gambar tidak senonoh kepada beberapa pelajar

BACA LAGI: Bukan setakat pereka fesyen, pensyarah pertahan kredibiliti Rizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung Universiti Malaya

Universiti Malaya (UM) continues to lead among Malaysian varsities in the QS World University Rankings 2025. Sitting in the 60th spot globally, it is also the only Malaysian university to be in the top 100. — GLENN GUAN/The Star

Universiti Malaya didesak membuat siasatan lebih mendalam mengenai kes tersebut.

“Pihak polis merujuk perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing-kucing ini adalah disebabkan serangan anjing-anjing liar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, kata beliau, tiada saksi yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Datuk Rusdi juga mengesahkan, pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian kematian kucing di pusat pengajian tinggi tempatan tersebut pada Selasa, Jumaat serta Sabtu lalu.

Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu bagi mengelakkan berlaku kegelisahan terhadap orang ramai.

Pada Sabtu, DVS dalam kenyataan mengesahkan pihaknya sudah menerima aduan dua kejadian berasingan kematian kucing di Universiti Malaya, baru-baru ini.

SM-KPKL-KES-KUCING_page-0001

Kenyataan dikeluarkan polis KL berhubung kes kematian tiga ekor kucing dipercayai dibunuh sekitar UM.

Ini melibatkan penemuan bangkai tiga ekor kucing ditemui di lokasi berbeza sekitar kampus itu.

Sebelum ini, aduan pertama diterima Selasa lalu mengenai kematian kucing di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi.

Hasil siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku lebih awal iaitu pada 12 Disember.

DVS berkata, bangkai kucing yang ditanam di sekitar bangunan juga sudah terurai hingga menyebabkan proses bedah siasat tidak boleh dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram