PEMPENGARUH media sosial dikenali sebagai Kim Seri nafi melarikan diri ke Jepun selepas namanya terpalit dengan dakwaan penipuan pakej pelancongan diuruskannya.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata, dia sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa susulan laporan dilakukan kepada polis membabitkan kerugian hampir setengah juta ringgit yang dikaitkan dengan pelan pelancongan disediakannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', wanita Indonesia digilis kereta ketika buka pagar rumah
BACA LAGI: KKB 'hidden gem' aktiviti lasak, paragliding dan rafting antara 4 sukan ekstrem wajib cuba
"Saya tidak pernah nak lari ke Jepun dan tak pernah berniat nak tinggal di Jepun. Saya masih di Korea.
"Saya masih di sini (di Korea) memberi kerjasama atas mana-mana siasatan yang dilakukan ke atas saya," katanya dalam hantaran pada Khamis.
Tangkap layar hantaran di Instagram Kim Seri pada Khamis.
Pempengaruh media sosial Malaysia yang berpangkalan di Seoul itu baru-baru ini mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk membuat pembayaran balik kepada pelanggan terjejas oleh isu yang timbul daripada pakej pelancongannya di Korea Selatan.
Dia turut berjanji menyelesaikan perkara terbabit sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan seorang wanita yang mendakwa sebagai salah seorang mangsa Kim Seri.
Dalam klip itu, wanita terbabit berkata, dia dan kumpulannya terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan pempengaruh berkenaan.
Wanita berkenaan juga mendakwa pemeriksaan di kaunter tiket mendedahkan bahawa namanya dan ahli kumpulannya yang lain tiada dalam sistem.
Pengadu terbabit berjaya pulang ke Malaysia pada Selasa dengan bantuan individu lain.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan menerima lima laporan berhubung perkara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram