Tergelincir ketika meniti jambatan di Kuching, mayat pekerja kapal ditemukan terapung


  • 112
  • Isnin, 16 Dis 2024

Mayat lelaki warga Myanmar ditemukan terapung di Terminal Sejingkat, Kuching, Sarawak pada pagi Isnin. — Bomba

MAYAT pekerja kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai ditemukan terapung di Terminal Sejingkat, Kuching, Sarawak pada pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa, Win Kyaw Paik, 49, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 10.14 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak empat kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Disyaki angkara khianat, rakaman jiran bongkar aksi suspek 'wanted' bakar 3 kenderaan pagi-pagi buta

BACA LAGI: Panik ada lintah di badan? Ikuti 3 langkah selamat dan efektif lepaskan diri daripada gigitan

Sebelum ini, bomba Sarawak berkata, operasi SAR yang memasuki hari kedua pada Isnin memulakan pencarian sekitar pukul 6.30 pagi di sekitar permukaan air pada radius sehingga dua kilometer di hilir sungai.

Tinjauan udara juga dibuat menggunakan dron oleh Pasukan Gerakan Udara, PDRM.

Pada Ahad, mangsa yang merupakan pekerja lelaki warga Myanmar hilang selepas terjatuh ke sungai semasa melewati jambatan menuju ke kapal jenis muatan kontena kira-kira pukul 12.01 tengah malam Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram