Rakam keterangan ibu bapa dan 2 doktor, polis akan panggil individu lain bantu siasatan kes jasad bayi 'ditahan' hospital


  • 112
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Kenyataan media yang dimuat naik di Facebook hospital terbabit selepas tularnya dakwaan pihaknya terlibat dalam kes terbabit.

POLIS selesai merakam keterangan empat individu membabitkan kejadian dakwaan mayat bayi lelaki 'disimpan' dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor selepas ibu bapanya gagal menjelaskan bil rawatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat Jumaat, mereka yang dirakam percakapan itu terdiri ibu bapa bayi dan dua doktor.

"Kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya ringkas seperti dilaporkan Harian Metro pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak mampu bayar bil hospital swasta, mayat bayi diletak dalam peti sejuk selama 2 minggu

BACA LAGI: [VIDEO] Menyanyi terapi terbaik Khalyn Mulyani, 'padam' ejekan hitam, pendek ketika zaman sekolah

Pada Jumaat, Hussein memaklumkan pihaknya menerima satu laporan daripada bapa kepada bayi terbabit dengan laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

3065351

Kes kematian Muhammad Adham Mikail turut mendapat perhatian peguam terkenal, Ahmad Zaharil (gambar kanan).

Baru-baru ini, tular video mendakwa sebuah hospital swasta di Selangor menahan jenazah bayi lelaki dikenali sebagai Muhammad Adham Mikail di bilik mayat selama 16 hari kerana bapanya tidak menjelaskan bil hospital.

Menjawab dakwaan tersebut, hospital swasta terbabit menafikan perkara itu pada Rabu dengan menyatakan bahawa ia sudah membenarkan jenazah bayi itu dikebumikan sebelum pembayaran bil hospital.

Kes kematian Muhammad Adham Mikail turut mendapat perhatian peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menyuarakan ketegasannya untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram