IBU bapa kepada bayi yang jenazahnya didakwa disimpan di dalam peti sejuk bilik mayat hospital swasta di Klang, Selangor selama dua minggu, digesa tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, agensi itu masih berusaha menjejaki pasangan itu, serta pihak yang mengeluarkan mengenai kisah pasangan tersebut.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan masih tidak mendapat sebarang maklum balas setakat ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Menyanyi terapi terbaik Khalyn Mulyani, 'padam' ejekan hitam, pendek ketika zaman sekolah
"Kami sedang berusaha untuk mengesan mereka, dan sekiranya pasangan itu tampil, ia akan mempercepatkan proses bantuan.
"InsyaAllah, kami akan memberi bantuan berdasarkan kelayakan mereka sama ada di bawah kategori asnaf gharimin (miskin tegar berhutang)," katanyakepada pemberita selepas majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2024 agensi itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, pada Sabtu.
Pada Jumaat, media melaporkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian mayat bayi lelaki yang didakwa disimpan selama dua minggu sebuah hospital swasta di Klang.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, MAIS menerusi agensinya LZS kini sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi terbabit dalam kes tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, polis akan memanggil wakil hospital terbabit untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian tular itu.
Tambah Hussein, polis menerima laporan mengenai perkara terbabit daripada bapa bayi itu pada Jumaat dengan berkenaan diklasifikasikan di bawah siasatan polis untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah.
Sebelum ini, kisah mayat bayi lelaki itu yang didakwa disimpan dalam peti sejuk bilik mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta - selepas bapa tidak mampu membayar bil hospital - tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram