PENDUDUK di sekitar kawasan kawasan Batu 7 di Jalan Miri-Bintulu dekat Miri pada Khamis digemparkan dengan penemuan tengkorak dan rangka manusia di semak di kawasan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, rangka manusia itu dijumpai pada pukul 5 petang sebelum laporan dibuat pada 9 malam.
"Identiti mangsa belum diketahui memandangkan tiada identiti pengenalan diri pada mangsa dan di kawasan berhampiran.
BACA LAGI : [VIDEO] Penduduk Mersing gempar jumpa mayat warga tempatan tanpa identiti terdampar di tebing Sungai Endau
"Siasatan juga turut mendapati tidak terdapatnya sebarang unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Alexson Naga turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes tersebut untuk tampil ke membuat laporan ke balai polis berdekatan
"Mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dan yang lama tidak balik ke rumah agar tampil ke balai polis atau menghubungi talian 085-433730 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram