
PENDUDUK di sekitar kawasan Sungai Endau dekat Mersing, Johor dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki pada Jumaat.
Melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook KOMUNITI MERSING, mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam awal pagi Jumaat.
"Pada 6 Disember, penemuan mayat lelaki identiti belum dikenal pasti di Sungai Endau berhampiran Kedai Mus.
"Info lanjut bakal menyusul nanti," tulis individu berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Cedera tulang belikat, budak 6 tahun dikejarkan ke hospital terlibat kes langgar lari di JB
Penduduk di sekitar kawasan Sungai Endau dekat Mersing, Johor dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki pada Jumaat.
Melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook KOMUNITI MERSING, mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam awal pagi Jumaat. pic.twitter.com/qdvp7auxWW
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) December 6, 2024
Dalam video berdurasi kurang seminit berkenaan, kelihatan seorang lelaki dipercayai pihak berkuasa menghampiri mayat tanpa baju tersebut dan orang awam juga dilihat memenuhi kawasan itu.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Endau mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam tentang penemuan mayat seorang warga tempatan pada pagi Jumaat.
"Mayat kini berada di Hospital Mersing dalam proses pengecaman," katanya pada Majoriti.
Tambah beliau lagi, setakat ini belum ada waris yang datang menuntut mayat tersebut dan kes masih lagi dalam siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram