DATUK Seri Najib Razak telah mendapatkan bukti daripada mahkamah Amerika Syarikat untuk menguatkan pembelaannya dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib, 71, memberi keterangan bahawa adalah "tidak siuman sama sekali" untuknya mencuba menggunakan bukti terbabit jika beliau tidak percaya ia boleh membebaskannya.
"Sekiranya saya terlibat dalam penipuan 1MDB, adalah tidak siuman untuk saya meminta bukti ini daripada mahkamah, kerana itu akan memberikan implikasi kepada saya. Adalah tidak waras untuk saya melakukannya," katanya pada Isnin.
BACA LAGI: Najib antara 11 individu bakal dipanggil sebagai saksi perbicaraan kes 1MDB — Muhammad Shafe
Oleh itu, daripada mendapatkan bukti terbabit, bekas Perdana Menteri itu berkata, adalah "logik" baginya untuk menyekat perkara tersebut jika dia tidak percaya ia akan menyokong pasukan pembelaannya.
"Saya mahu bukti dibentangkan di mahkamah kerana saya rasa ia benar-benar perlu dibuktikan. InsyaALLAH jika bukti dibentangkan, saya yakin saya akan dibebaskan," katanya.
Najib diperintahkan Mahkamah Tinggi membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Najib merujuk kepada surat yang dihantar peguamnya kepada hakim di Mahkamah di New York pada 14 Mac 2021.
Dia mendakwa bahawa bukti yang bermanfaat kepada kesnya disebut oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner semasa keterangannya dalam perbicaraan Roger Ng, yang mendedahkan butiran penting mengenai dakwaan peranan kedua-dua mereka dalam skandal 1MDB yang bernilai berbilion dolar AS.
Pada 30 OktOber lalu, Najib diperintahkan Mahkamah Tinggi membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Dia memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan pembelaan.
Perbicaraan diteruskan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. — The Star/NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram