
SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan sepuluh sebatan kerana merogol anak perempuannya yang masih kecil.
Tertuduh disabitkan atas kesalahan merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun pada 3 Disember lepas dan dipercayai melakukan hal itu beberapa kali sebelumnya.
Murid Tahun Dua itu mendedahkan rahsia ngeri dirogol bapanya yang berusia 40 tahun ketika sesi perkongsian di sekolah yang terletak di Tongod, Sabah.
BACA LAGI: Cabaran pemanduan 23 selekoh, kaki Go-Kart patut uji kemahiran di RUD Karting Gamuda Cove
BACA LAGI: KKB 'hidden gem' aktiviti lasak, paragliding dan rafting antara 4 sukan ekstrem wajib cuba
Sebaik sahaja mengetahui kejadian rogol itu, ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis pada 6 Disember lepas dan tertuduh ditahan di rumahnya pada pukul 10.30 pagi pada 7 Disember.
Lelaki itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Khamis kerana merogol mangsa di sebuah rumah di Tongod, kira-kira pukul 2 petang pada 3 Disember.
Mangsa difahamkan kini menerima rawatan dan kaunseling. — The Star/ STEPHANIE LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram