Tip pastikan anak bersedia sebelum jumpa doktor gigi


  • Massa
  • Ahad, 08 Dis 2024

Pendedahan awal kepada doktor gigi membantu menghilangkan sebarang prasangka tentang prosedur pergigian dalam diri kanak-kanak. — Gambar hiasan

BAGI kebanyakan kanak-kanak, idea untuk melakukan pemeriksaan ke doktor gigi menimbulkan perasaan cemas dan takut.

Suasana dan keadaan asing di klinik menyumbang kepada kebimbangan ini, yang menyebabkan kanak-kanak mengelak bagi membuat lawatan pergigian rutin.

Adalah penting untuk kanak-kanak membina persepsi positif terhadap pemeriksaan pergigian kerana ia bermanfaat untuk kesihatan mereka secara keseluruhan.

BACA LAGI: [VIDEO] Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales

BACA LAGI: Miliki infrastruktur, padang bola sepak terbaik di negara, Johor anjur bola sepak Sukan SEA 2027

Strategi praktikal boleh membantu dalam menangani kebimbangan mengenai pengalaman pergigian untuk ibu bapa dan penjaga.

Sebaliknya bayangkan sebuah klinik pergigian yang ceria dan bercahaya terang yang menawarkan pelbagai perkara menyeronokkan untuk dilihat, yang mana setiap individu mempunyai senyuman yang mesra.

Daripada rasa takut, ia boleh bertukar menjadi rasa teruja!

Lawatan ke doktor gigi tidak semestinya menjadi episod menakutkan.

Jika kanak-kanak dilatih untuk menikmati pengalaman lawatan ke doktor gigi pada peringkat awal, ia kemudiannya boleh mengubah perkara tersebut menjadi sesuatu yang dinantikan mereka.

Berikut adalah beberapa strategi boleh digunakan oleh ibu bapa:

1. Mula awal

Adalah penting untuk membiasakan kanak-kanak pergi ke doktor gigi, kerana ini membantu menghilangkan sebarang prasangka tentang prosedur pergigian.

American Academy of Pediatric Dentistry (AAPD) mengesyorkan agar kanak-kanak menjalani lawatan pergigian pertama mereka pada hari lahir pertama mereka atau tidak lewat daripada enam bulan selepas kemunculan gigi susu mereka.

Membawa mereka untuk temu janji pertama pada usia awal mendedahkan kepekaan kanak-kanak itu terhadap persekitaran klinik pergigian dan meminimumkan kemungkinan kebimbangan untuk lawatan masa depan yang berkaitan dengan prosedur pergigian.

2. Pilih doktor gigi yang betul

Proses memilih doktor gigi adalah penting apabila merancang untuk prosedur pergigian kanak-kanak. Doktor gigi kanak-kanak ialah pakar pergigian yang dilatih untuk menyediakan penjagaan sistematik dan menyeluruh untuk kanak-kanak, dan mewujudkan persekitaran mesra kanak-kanak.

Apabila memilih doktor gigi untuk anak anda, cari seseorang yang mempunyai sifat lembut dan penyabar. Ramai doktor gigi kini menerima klinik yang mesra kanak-kanak dan keluarga.

A young child getting a free dental check-up at the mobile dental clinic at the Oral Health Month campaign 2008.The Oral Health Month 2008 was organised by Colgate-Palmolive Malaysia Sdn Bhd together with the Malaysian Dental Associtation (MDA) and the Health Ministry, and was held in Johor in Jusco Tebrau City between April 8 and 13.

3. Gunakan perkataan positif

Pengaruh ibu bapa apabila dilakukan dengan betul akan membiasakan kanak-kanak itu supaya lawatan berikutnya akan bebas daripada tekanan.

Adalah idea yang baik untuk menjauhi bahasa negatif seperti "sakit" atau "perit". Ibu bapa boleh memilih bahasa yang mendorong tingkah laku yang baik.

Beri penerangan bahawa doktor gigi adalah merupakan seseorang yang membantu memelihara dan melindungi gigi mereka.

Tumpu kepada perkara yang boleh diikuti oleh kanak-kanak seperti "mengira gigi" atau "tersenyum" yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan menanamkan perspektif positif dalam diri kanak-kanak tentang lawatan itu.

4. Lakukan lakonan senario

Melakonkan senario adalah salah satu cara yang bermanfaat untuk kanak-kanak yang akan menjalani prosedur pergigian.

Ibu bapa boleh bergilir-gilir menjadi doktor gigi dan pesakit, supaya anak-anak boleh belajar mengenai penggunaan cermin dan berus gigi, supaya mereka tidak akan takut dengan perkara yang tidak diketahui.

Di samping itu, lihat bersama-sama video yang dikaitkan dengan lawatan sedemikian juga berkemungkinan memudahkan penyesuaian mereka.

5. Galakkan untuk perbincangan

Perbincangan mengenai kesihatan pergigian membolehkan kanak-kanak meluahkan ketakutan dan kebimbangan tambahan yang mungkin terpendam dalam diri mereka.

Galakkan mereka untuk menyuarakan kebimbangan mengenai bagaimana rasanya berada di kerusi doktor gigi dan apa yang akan berlaku semasa temu janji pemeriksaan.

Dengan respons yang betul, ibu bapa boleh membantu anak-anak memahami situasi dengan lebih baik dan mengurangkan tekanan mereka.

6. Kekal menyokong

Kanak-kanak secara semula jadi cenderung meniru ibu bapa mereka. Jika seorang kanak-kanak menyaksikan ibu bapa mereka takut untuk melawat doktor gigi, kemungkinan besar ibu bapa dan anak akan takut lawatan itu.

Bagaimanapun, dengan bantuan ibu bapa positif, ia mampu membina mewujudkan suasana yang selesa.

Selain itu, ibu bapa juga boleh meredakan ketakutan mereka dengan membiarkan anak-anak memegang tangan mereka semasa pemeriksaan.

7. Alihkan tumpuan

dentist-for-kids-near-dublin

Lawatan pemeriksaan gigi boleh menjadi sesuatu pengalaman menyeronokkan sekiranya kanak-kanak lebih bersedia. — Agensi

Ada kalanya anak tidak mahu fokus pada rawatan. Dalam kes sedemikian, ramai doktor gigi mengesyorkan supaya menggunakan kaedah gangguan mengalihkan tumpuan mereka.

Pada hari ini, terdapat pelbagai klinik pergigian yang menyediakan TV, fon kepala dan juga mainan kepada kanak-kanak.

Tambahan pula, patung mainan atau buku boleh digunakan sebagai alat bantu.

Semua ini boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan menjadikan lawatan lebih menyenangkan.

Ibu bapa juga boleh membawa patung atau mainan kegemaran anak ke klinik. Mainan yang biasa dan digemari akan membantu mereka berasa selamat dan terjamin.

8. Ganjaran

Penggunaan galakan positif terbukti berkesan dalam banyak situasi.

Ibu bapa boleh memberi ganjaran kepada anak-anak mereka dengan hadiah dan janji jika mereka berkelakuan baik ketika berjumpa doctor gigi.

Ini boleh dilakukan termasuk untuk perkara mudah seperti pelekat, mainan atau pergi ke akuarium atau taman.

Dengan melaksanakan strategi ini, ibu bapa boleh mengurangkan kebimbangan anak mereka tentang lawatan pergigian dengan berkesan.

Pendekatan yang menyokong galakan positif dan persediaan yang betul boleh mengubah pemeriksaan pergigian daripada menjadi sumber ketakutan kepada peluang untuk pembelajaran dan pertumbuhan.

Mewujudkan hubungan positif dengan doktor gigi sejak awal meletakkan asas untuk tingkah laku yang baik sepanjang hayat, membantu kanak-kanak mengembangkan senyuman dan keyakinan yang sihat. — The Star/DR AHMAD FAISAL ISMAIL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram